TSM 2630

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Diodon/TSM 2630 merupakan sistem sonar pelbagai kedalaman pada badan kapal.[1]

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Diodon merupakan sonar aktif frekuensi tinggi paranoma yang sesuai bagi kapal permukaan kecil dan serdahana. Ia melaksanakan pemprosesan isyarat dan data, pengelasan sasaran, pengesanan dan penjejakan automatik, dan antaramuka manusia/mesin. Sistem sonar ini berkesan pada air cetek dan dalam. Kawalan dilaksanakan melalui konsol operator tunggal melalui paparan warna resolusi tinggi skrin berkembar. Jujukan boleh dipasang dalam kubah kekal atau dibekalkan sebagai Sonar Kedalaman Kepelbagai ("Variable Depth Sonar - VDS"); dalam kes sistem gabungan, set eletronik yang sama mampu mengendali kedua-dua pesangan tetap pada badan kapal dan jujukan VDS.

Kemudahan terbenam termasuk pendengaran pasif, penjejakan pancaran bunyi, unjuran penghasilan bunyi bagi hari itu dan sistem rakaman yang boleh digunakan bagi debrief dan latihan. Jujukan terdiri dari 24 stave yang menghasilkan 48 pancaran prabentuk.

Bagi versi VDS, Diodon boleh digabung bersama sistem sonar TSM aktif atau pasif lain yang termasuk kelengkapan sistem tunda Swan 2000.

Status Pengeoperasi[sunting | sunting sumber]

Diodon/TSM 2630 telah digunakan oleh sejumlah tentera laut termasuk: Argentina (penjajap Type A 69 frigates), Ecuador (`Esmeraldas' class frigates) India (`Nilgiri' class two units), Libya (`Dat Assawari' and `Assad' class frigates), Portugal (`Baptista de Andrade' class frigates - being removed) and Saudi Arabia (`Madina' class frigates).

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Diodon/TSM 2630 dilengkapi dengan 24 stave jujukan akostik yang serupa; dengan berat 450 kg. Ia beroperasi pada frekuensi: 11, 12, atau 13 kHz (boleh ubah). Ia turut menggunakan pemancar semua-arah bagi mod CW dan FM. Penerimanya terdiri dari 48 pancaran prabentuk ("preformed"); pemprosesan maju dengan replika korelator bagi FM dan penganalisa spektrum (FFT) bagi CW. Pemproses videonya mampu memproses data dalam mod FM dan CW: pengesanan dan penjejakan automatik; capaian pelbagai trek serentak (sehingga 64); penganalisa sasaran (anggaran kedalaman, pengukuran Doppler). Ia juga mudah disambungkan pada sistem tempur `kapal sendiri'. Paparannya menggunakan monitor TV bewarna bebas kelip resolusi tinggi. Berat keseluruhannya adalah 1,500 kg (tambahan 8 tan bagi sistem takal dan pengendalian bagi versi VDS.)

Pembina[sunting | sunting sumber]

  • Thales Underwater Systems
  • Sophia Antipolis.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]