TSM 2633

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

TSM 2633 atau juga dikenali sebagai Spherion B merupakan sistem sonar dipasang pada hadapan kapal.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

TSM 2633 dibangunkan pada tahun 1982, Spherion merupakan sonar aktif frekuensi-serdahana jarak jauh bagi pertempuran permukaan ASW. Ia terdiri dari jujukan dipasang pada hadapan kapal sfera dengan sistem prosessing eletronik yang membenarkan pengiraan masa sebenar bagi mod pancaran dan penerimaan; penstabil tiga dimensi bagi menangani umbang, ambing, dan olengan kapal ibu; dan keupayaan teleng-pancaran bagi mengatasi profil bunyi teruk dan getaran yang kuat. Spherion turut merangkumi fungsi amaran torpedo. Sonar ini boleh digabungkan bersama frekuensi-serdahana Diodon VDS, berkongsi kabinet eletronik dan konsol yang sama.

Pemprosesan data pada mod FM dan CW memberikan pengesanan dan penjejakan automatik dan pengambilan pelbagai trek serentak sehingga 64 sasaran; analisa sasaran dilakukan dengan menggunakan panjang kelihatan dan ukuran Doppler. Sonar ini mudah dihubungkan dengan sistem tempur `kapal sendiri'.

Status operasi[sunting | sunting sumber]

Spherion B masih dalam pengeluaran dan dalam perkhidmatan di laut. Spherion telah dipilih oleh Tentera laut DiRaja Norwegian untuk dipasang pada friget kelas `Oslo' dan Spherion MRS 2000 dipasang pada lima friget Norwegian baru yang ditempah dari Bazán. Ia turut digunakan oleh tentera laut Australian dan New Zealand bagi dipasang pada friget kelas `Anzac'. Tentera laut Malaysia dan Taiwan) turut memilih sistem Spherion.

Sejumlah 25 sistem telah dipilih. Pada Jun 1999 ia diumumkan bahawa versi baru Spherion, yang dirujuk sebagai USM 4131S, telah ditempah sebagai sebahagian dari peningkatan friget Australia kelas `Adelaide'. USM 4131S, yang dibangunkan dari teknologi Spherion B, menggantikan sonar pada badan kapal friget. Pada Julai 2000, UMS 4131S dipilih bagi dipasang pada friget Norwegian.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Jujukan akoustik: Sfera dengan 160 transduser individual
Frekuensi: 6-8 kHz (four frequencies)
Pemancar: omnidirectional and sectoral transmissions in CW and FM modes, various modes

including TRDT

Beamwidth: 10º
Penerima: 36 preformed beams stabilised in azimuth and elevation; advanced processing with replica

correlator in FM and spectrum analysis (FFT) in CW

Paparan : high-resolution, flicker-free colour TV monitors
Berat keseluruhan : 4,000 kg

Pembina[sunting | sunting sumber]

  • Thales Underwater Systems
  • Sophia Antipolis.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]