TSM 2670

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

TSM 2670 atau juga dikenali sebagai SLASM merupakan sistem sonar bersepadu berprestasi tinggi.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

SLASM (juga dikenali oleh Tentera laut Perancis sebagai ATBF) (Système de Lutte Anti-Sous Marine) merupakan sistem sonar bersepadu berprestasi tinggi bagi kapal permukaan ASW yang besar (frigat atau pembinasa. Ia terdiri daripada sistem kecil utama atau fungsi berikut:

a. jujukan sonar tinda aktif, selam dalam, frekuensi rendah
b. sonar pada badan kapal frekuensi serdahana aktif
c. sonar pelbagai kedalaman frekuensi serdahana aktif
d. jujukan sonar ditunda frekuensi amat rendah pasif
e. sistem amaran torpedo, menggunakan VDS atau jujukan ditunda
f. pemprosesan sonobuoy.

Sistem ini terdiri dari:

a. Ikan (kelongsong peralatan) ditunda, selam dalam yang besar yang memuatkan jujukan pemancar frekuensi rendah, dan jujukan pemacar frekuensi serdahana/penerima.
b. jujukan garis panjang, yang ditunda disambung pada ikantunda, atau ditunda secara bebas
c. jujukan penerima/pemancar frekuensi serdahana dilekat pada badan kapal
d. sistem pengendalian dan tunda besar, keluaran sampingan bagi sistem DUBV 43 sedia ada.

Di belakang ikantunda disambung penerima LF dan penerima amaran torpedo. Transduser pada ikantunda dipasang pada dua penel menegak menutupi 120 hingga 150º dikedua belah sisi. Berat ikantunda sekitar 12 tonne.

Pemprosesan isyarat dan data dilakukan melalui tiga kabinet serupa, setiap satunya mampu memproses sebarang fungsi sistem tersebut; dua kabinet lagi memuatkan sistem rakaman dan simulator, pos-prosessing dan pengawal sistem. Pengesanan dilakukan jauh pada zon pertembungan satu dan dua (70 batu nautikal).

Antaramuka manusia/mesin terdiri dari sembilan konsol pelbagai fungsi dan dua monitor khusus. Jujukan ini ditunda sehingga 600 m dibelakang kapal sehingga kedalaman 200 m. jujukan pasif taktikal frekuensi-amat rendah (Aq 1) boleh ditunda 200 m dibelakang ikantunda, kedua jujukan membentuk sebahagian dari SLASM baru yang mampu beroperasi dalam mod bistatik.

Dakwaan prestasi adalah kelajuan tunda pada 15 knot dan julat melebihi 30 km.

Status operasi[sunting | sunting sumber]

Prototaip ditunda pada frigate Cdt Rivière pada tahun 1998. SLASM telah ditempah oleh Tentera laut Perancis bagi meningkatkan frigates F 67 ASW. Unit beroperasi pertama memasuki perkhidmatan di atas kapal frigates Perancis Tourville pada pertengahan-1995. Sonar ini telah diuji di Mediterranean dan Atlantik.

Versi kedua dijangka, kemungkinannya melalui usaha kerjasama dengan tentera laut Eropah yang lain; kumpulan kedua ini dipasang oleh tentera laut Perancis pada frigates F 70 ASW.

Pembina[sunting | sunting sumber]

  • Thales Underwater Systems
  • Sophia Antipolis.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]