Lapangan Terbang Labuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari TUDM Labuan)
Labuan Airport

Lapangan Terbang Labuan
لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا لابوءن
纳闽机场
லாபுவான் விமான நிலையம்
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam dan Ketenteraan
Hak milikKhazanah Nasional Berhad
PengendaliMalaysia Airports
DestinasiLabuan, Malaysia
LokasiLabuan, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia
Zon masaMST (UTC+08:00)
Ketinggian AMSL101 kaki / 31 m
Koordinat05°18′06″N 115°14′54″E / 5.30167°N 115.24833°E / 5.30167; 115.24833Koordinat: 05°18′06″N 115°14′54″E / 5.30167°N 115.24833°E / 5.30167; 115.24833
Peta
Lapangan Terbang Labuan is located in Bumi
Lapangan Terbang Labuan
Lapangan Terbang Labuan (Bumi)
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
14/32 2,745 9,006 Asfalt
Statistik (2020)
Penumpang270,959 ( 61.9%)
Pengangkutan udara (tan)3,354 ( 46.5%)
Pergerakan Pesawat5,999 ( 50.6%)
Rujukan: laman sesawang rasmi[1]
Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) Malaysia[2]

Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan (IATA: LBUICAO: WBKL), ialah sebuah Lapangan Terbang Domestik di Malaysia, yang terletak di Pulau Labuan. lapangan terbang tersebut melayani Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia. Ia terletak 2 km daripada Bandar Labuan (Victoria).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada masa ini, lapangan terbang ini sedang diperluaskan untuk menampung pesawat yang lebih besar seperti Boeing 747 dan Airbus A330, dengan 4 jambatan udara. Pada 2008, lapangan terbang itu mengendalikan 550,859 penumpang, 11,328 pergerakan pesawat dan lebih 4,500 tan metrik kargo. Lapangan terbang ini mampu mengendalikan lebih 1.2 juta penumpang setahun.[3]

Terminal[sunting | sunting sumber]

Terminal baharu pada Lapangan Terbang Labuan, mempunyai 4 jambatan udara (Aerobridge) dan kemudahan pengendalian penumpang dan bagasi terkini. Ia mempunyai kedai bebas cukai dan landskap yang indah. Lapangan Terbang direka untuk mengendalikan sehingga 1.2 juta penumpang setahun.[4]

Terminal pada Lapangan Terbang Labuan, berkeluasan 16,000 meter persegi dan boleh menampung sehingga 500 penumpang sejam pada waktu puncak. Terdapat kemudahan pengendalian bagasi dan penumpang berteknologi tinggi serta empat jambatan langit (Aerobridge) untuk kemudahan akses ke pesawat.[5]

Syarikat Penerbangan dan destinasi[sunting | sunting sumber]

Penumpang[sunting | sunting sumber]

PenerbanganDestinasi
AirAsia Kuala Lumpur–Antarabangsa
Malaysia Airlines Kuala Lumpur–Antarabangsa
MASwings Kota Kinabalu, Miri

Kargo[sunting | sunting sumber]

PenerbanganDestinasi
MASkargo Hong Kong, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur–International
Raya Airways Kuala Lumpur–Subang

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan hantar jemput penumpang di Lapangan Terbang Labuan, dijalankan oleh Syarikat Pengangkutan, Koperasi Teksi Labuan.[6][7]

Teksi[sunting | sunting sumber]

hingga kini, hanya Perkhidmatan Teksi sahaja, yang tersedia untuk menjalankan perkhidmatan hantar jemput, pada Penumpang.[8][9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]