TVS (saluran TV Malaysia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari TVS)
TVS
NegaraMalaysia
Kawasan siaran
SloganInspirasi Duniamu
(Inspire Your World)
Ibu pejabat
Pengaturcaraan
Bahasa
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
Pemilik
Orang penting
  • Dato Norhyati Ismail
    (Presiden)
  • Haji Kushairi Abang
    (Ketua Pegawai Eksekutif)
  • Sarbini Hamdan
    (Pengarah Eksekutif)
Sejarah
Dilancarkan
  • 10 Oktober 2020; 3 tahun yang lalu (2020-10-10)
    (Astro/NJOI) (HD)
  • 6 Februari 2021; 3 tahun yang lalu (2021-02-06)
    (MYTV) (HD)
  • 1 Oktober 2023; 5 bulan yang lalu (2023-10-01)
    (Unifi TV) (HD)
Nama dahuluTV Sarawak
(31.10.2014 - 09.10.2020)
Pautan
Laman webhttps://tvsarawak.my
Ketersediaan
Terestrial
MYTVSaluran 122 (HD)
Satelit
Astro/NJOISaluran 122 (HD)
IPTV
Unifi TVSaluran 122 (HD)
Media penstriman
AstroAstro GO
Unifi TVUnifi TV App
MYTVMYTV Mana-Mana / Video On Demand

TVS (dahulunya TV Sarawak) ialah saluran televisyen linear yang menyediakan berita dan pengaturcaraan dari wilayah Sarawak ke negeri itu sendiri serta bahagian lain di Malaysia. Ia dimiliki sepenuhnya oleh Sarawak Media Group (SMG), yang ditubuhkan secara rasmi pada 10 April 2018.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada asalnya merancang untuk melancarkan sebuah stesen televisyen khusus untuk Sarawak sebagai sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk pendigitalan televisyen Malaysia.[1] Perancangan itu, bagaimanapun, tidak membuahkan hasil kerana ia tidak dilaksanakan yang mana ia digantikan oleh saluran OKEY dan rancangan televisyen negara kemudiannya dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta hanya untuk dilancarkan sebagai saluran penstriman.[2]

Lesen stesen penyiaran sendiri diberikan melalui suatu pengumuman oleh Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.[3] Stesen ini bersiaran awal pada 10 Oktober 2020 melalui satelit TV berbayar Astro di saluran 122 sempena hari kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebelum dirasmikan pada keesokan harinya pada 11 Oktober 2020.[4][3] Ia merupakan stesen televisyen separa kerajaan ketiga negara selepas Bernama TV (2008) dan TV AlHijrah (2010).

Pada 12 Oktober 2020, TVS menyiarkan berita terbitan sendiri iaitu Utama TVS. Program berita waktu perdana itu disiarkan langsung dari LG12, Lower Ground Floor, Mall 2, CityOne Megamall, No. 1, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak.

TVS kini bersiaran di Astro, MYTV, dan Unifi TV di saluran 122 dalam format HD (definisi tinggi).

Pada 6 Februari 2021, TVS mula bersiaran secara rasmi melalui platform MYTV di saluran 122 menggantikan Channel W yang telah ditamatkan siaran pada 1 Januari 2019.

Pada 29 Oktober 2021, TVS buat kali pertamanya menyiarkan siaran langsung pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan Zafrul bin Abdul Aziz.

Pada 1 Oktober 2023, TVS mula bersiaran secara rasmi melalui platform Unifi TV di saluran 122 sempena ulang tahun ke-3 TVS yang diraikan pada 10 Oktober 2023.[5]

Pada 31 Disember 2023, TVS akhirnya melancarkan logo terkini TVS yang berwajah baharu, bersesuaian dengan konsep perpaduan dan keharmonian negeri Sarawak. Logo baharu TVS ini merangkumi tiga warna yang mewakili warna bendera negeri Sarawak, iaitu warna hitam, merah dan kuning.

Media penstriman[sunting | sunting sumber]

Aplikasi mudah alih[sunting | sunting sumber]

  • Astro GO - Terhad kepada pelanggan Astro sahaja.
  • Unifi TV App - Terhad kepada pelanggan Unifi TV. Bukan pelanggan Unifi TV juga boleh menstrim TVS dengan mendaftar masuk aplikasi terlebih dahulu.
  • MYTV Mana-Mana - Boleh distrim secara percuma untuk semua rakyat Malaysia tanpa perlu mendaftar masuk aplikasi terlebih dahulu.

Penyampai berita TVS[sunting | sunting sumber]

  • Adlina Rahman
  • Aida Muliyono
  • Akma Salleh
  • Amirah Shawel
  • Cheryl Syahmina Toh
  • Claudya Keenu
  • Connie Grace Ujan
  • Douglas Elliot
  • Febbright James
  • Handy Gui
  • Lorenzo Issac
  • Luqman Muhammad
  • Malissa Sahari
  • Madeline Dugat
  • Marzella Sigai
  • Najib Imran
  • Odleen Catherny
  • Priscilla John
  • Radzi Ahmad
  • Salasiah Safian
  • Sheera Abg Mansor
  • Yusuf Shukri
  • Zhahrulniza Awang

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amree Ahmad (7 June 2009). "Kita bakal 'mabuk' TV". Kosmo!. Dicapai pada 10 September 2018.
  2. ^ "Sarawak macam anak tiri stesen TV siaran percuma". Astro Awani. 27 November 2017. Dicapai pada 10 September 2018.
  3. ^ a b Syafik Shukri Jalil (2 October 2020). "TV Sarawak dilancar 11 Oktober 2020". Astro Awani. Dicapai pada 10 October 2020.
  4. ^ "Buildings throughout Kuching asked to light up in celebration of TYT's birthday on Oct 9". Borneo Post Online (dalam bahasa Inggeris). 2 Oktober 2020. Dicapai pada 10 Oktober 2020.
  5. ^ "TVS TV". www.facebook.com/tvs122. Dicapai pada 2023-09-29.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]