TVS (saluran TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari TV Sarawak)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
TVS
TVS Sarawak.jpg
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
 Singapura
 Brunei
 Thailand (Thailand Selatan)
 Indonesia (Kalimantan dan Kepulauan Riau)
SloganMenginspirasi Duniamu
(We Inspire Your World)
Ibu pejabatLG12, Lower Ground Floor, Mall 2, CityOne Megamall, No. 1, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Inggeris
Iban
Cina
Indonesia
Turki
Format gambar1080i HDTV (16:9)
Pemilikan
PemilikSarawak Media Group
Kerajaan Negeri Sarawak (Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif, & Seni Persembahan)
Sejarah
Dilancarkan10 Oktober 2020; 21 bulan yang lalu (2020-10-10)
Nama dahuluTV Sarawak (2014 - 2020)
Pautan
Laman webtvstv.my
Ketersediaan
Terestrial
myFreeviewSaluran 122 (HD)

TVS (dahulunya TV Sarawak) ialah saluran televisyen linear yang menyediakan berita dan pengaturcaraan dari wilayah Sarawak ke negeri itu sendiri serta bahagian lain di Malaysia. Ia dimiliki oleh Sarawak Media Group (SMG), yang ditubuhkan pada 10 April 2018.

TVS boleh ditonton di seluruh negara di saluran 122, Astro dan myFreeview. Oleh kerana siaran TVS dikendalikan oleh Astro, penonton myFreeview juga dapat menonton program Go Shop di saluran TV. Sementara itu, kandungan siaran saluran dikendalikan sepenuhnya oleh Sarawak Media Group sendiri.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada asalnya merancang untuk melancarkan sebuah stesen televisyen untuk Sarawak sebagai sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk pendigitalan televisyen Malaysia.[1] Perancangan itu, bagaimanapun, tidak membuahkan hasil kerana ia tidak dilaksanakan yang mana ia digantikan oleh saluran OKEY dan rancangan televisyen negara kemudiannya dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta hanya untuk dilancarkan sebagai saluran penstriman.[2]

Lesen stesen penyiaran sendiri diberikan melalui suatu pengumuman oleh Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.[3] Stesen ini bersiaran awal pada 10 Oktober 2020 melalui satelit TV berbayar Astro di saluran 122 sempena hari kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebelum dirasmikan pada keesokan harinya pada 11 Oktober 2020.[4][3] Ia merupakan stesen televisyen separa kerajaan ketiga negara selepas Bernama TV (2008) dan TV AlHijrah (2010).

Pada 12 Oktober 2020, TVS menyiarkan berita terbitan sendiri iaitu Utama TVS. Program berita waktu perdana itu disiarkan langsung dari LG12, Lower Ground Floor, Mall 2, CityOne Megamall, No. 1, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak.

TVS kini bersiaran di Astro, NJOI & myFreeview saluran 122 dalam format HD (definisi tinggi).

Mulai 1 April 2020, nombor saluran Astro Oasis HD telah digantikan dengan saluran 106 dan TVS memulakan siaran di saluran 122 bermula 10 Oktober 2020.

Pada 6 Februari 2021, TVS mula bersiaran secara rasmi melalui platform myFreeview di saluran 122 menggantikan Channel W yang telah ditamatkan siaran pada 1 Januari 2019.

Pada 29 Oktober 2021, TVS buat kali pertamanya menyiarkan siaran langsung pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan Zafrul bin Abdul Aziz.

Rancangan[sunting | sunting sumber]

Media penstriman[sunting | sunting sumber]

Aplikasi mudah alih[sunting | sunting sumber]

  • Astro GO - Terhad kepada pelanggan Astro sahaja

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amree Ahmad (7 June 2009). "Kita bakal 'mabuk' TV". Kosmo!. Dicapai pada 10 September 2018.
  2. ^ "Sarawak macam anak tiri stesen TV siaran percuma". Astro Awani. 27 November 2017. Dicapai pada 10 September 2018.
  3. ^ a b Syafik Shukri Jalil (2 October 2020). "TV Sarawak dilancar 11 Oktober 2020". Astro Awani. Dicapai pada 10 October 2020.
  4. ^ "Buildings throughout Kuching asked to light up in celebration of TYT's birthday on Oct 9". Borneo Post Online (dalam bahasa Inggeris). 2 Oktober 2020. Dicapai pada 10 Oktober 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]