Tabby

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tabby
Nama lahirTabitha Ariel Lam
Kelahiran (2000-03-18) 18 Mac 2000 (umur 24)
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2019–kini
Syarikat rakaman
Universal Music Malaysia
Pengkarya berkait
Dolla

Tabitha Ariel Lam (lahir 18 Mac 2000) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau menerima pengiktirafan meluas sebagai ahli kumpulan gadis Malaysia, Dolla, yang ditubuhkan pada 2019.[1][2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tabby memperoleh ijazah Sarjana Muda Kepujian Perniagaan dari Universiti Taylor.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Tabby mula menunjukkan minatnya terhadap bidang muzik pada usia muda. Minat beliau mendapat sokongan daripada keluarganya dan beliau pernah dihantar ke kelas nyanyian. Tabby juga pernah melibatkan diri dalam pertandingan nyanyian, serta acara amal dan muzikal.[2] "Saya telah mencari label muzik untuk mengejar impian saya menjadi artis apabila saya melihat iklan untuk uji bakat untuk kumpulan wanita," kata Tabby dalam satu temubual bersama The Sun Daily.[2]

Tabby ialah salah seorang ahli kumpulan Dolla sewaktu penubuhannya pada April 2019.[4] Selain beliau, ahli kumpulan lain terdiri daripada Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo), Angelina Chai Ka Ying (Angel) dan Norsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya). Mereka pada mulanya tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya bertemu semasa sesi ujibakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu yang diadakan oleh Universal Music Malaysia. Tabby bersama rakan-rakan sekumpulannya meraih kejayaan komersial menerusi lagu sulung mereka, "Dolla Make You Wanna" yang dikeluarkan pada Mac 2020.

Selain bersama Dolla, Tabby telah merakamkan lagu bertajuk "Malaysia Di Hatiku" bersama Yonnyboii, Kmy Kmo dan Luca Sickta. Tabby menjelaskan bahawa kerjasama itu dilakukan kerana Universal Music Malaysia sedang mencari penyanyi wanita untuk menyumbangkan suaranya untuk lagu itu.[5]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Dolla[sunting | sunting sumber]

Single promosi[sunting | sunting sumber]

  • "Malaysia Di Hatiku" (2021)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2021, Tabby menjadi satu-satunya artis Malaysia tercalon dalam senarai 100 Wajah Tercantik 2021 (100 Most Beautiful Faces of 2021) oleh TC Candler. Turut tersenarai ialah ahli kumpulan Blackpink, Rose dan penyanyi Indonesia, Ayu Ting Ting dan Raisa Andriana.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Biodata Penuh Tabby Penyanyi Kumpulan Dolla". Oh Hiburan!. 9 Ogos 2020. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  2. ^ a b c Mark Mathen Victor (9 Januari 2021). "A star from the start" [Sebutir bintang dari permulaan] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 25 Januari 2021.
  3. ^ Fatin Farhana Ariffin (9 Mac 2022). "Tabby Dolla genggam ijazah perniagaan". Berita Harian. Dicapai pada 19 Mei 2022.
  4. ^ Najiy Jefri (16 November 2021). "Bertahan selama mungkin". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2021.
  5. ^ Fiza Kamarudin (17 Ogos 2021). "Semangat Patriotik Kmy Kmo, Luca Sickta, Yonnyboii & Tabby Dalam Malaysia Di Hatiku". Astro Gempak. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  6. ^ Gerogie Joseph (15 Julai 2021). "Tabby Dolla 100 Wanita Tercantik". Harian Metro. Dicapai pada 28 Januari 2022.
  7. ^ Hanisah Selamat (15 Julai 2021). "Dulu 'chubby', Tabby Dolla kini antara wanita tercantik di dunia". Kosmo!. Dicapai pada 28 Januari 2022.