Tablo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tablo
Tablo pada September 2014
Kelahiran
Daniel Armand Lee

(1980-07-22) 22 Julai 1980 (umur 43)
WarganegaraKanada
Nama lain
  • Lee Seon-woong
  • Tablo
PendidikanUniversiti Stanford
Pekerjaan
  • Rapper
  • penyanyi
  • komposer
  • penerbit rakaman
Kampung asalVancouver, British Columbia, Kanada
PasanganKang Hye-jung (k. 2009)
Anak-anak1
Kerjaya muzik
GenreHip hop
Instrumen
  • Vokal
  • keyboard
  • pensintesis
  • sampler
  • sequencer
  • violin
Tahun aktif1997–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanI Seon-ung
McCune–ReischauerYi Sŏnung

Daniel Armand Lee (Korea: Lee Seon-woong; Hangul: 이선웅; lahir 22 Julai 1980), lebih dikenali dengan nama pentas Tablo (Hangul: 타블로), ialah seorang penyanyi, penerbit rakaman, penulis lirik dan penggubah lagu Korea-Kanada. Tablo terkenal sebagai ketua dan penerbit ahli kumpulan hip hop veteran Korea, Epik High, dan pengasas label muzik bebas HIGHGRND (High Ground), yang menaungi kumpulan Hyukoh dan The Black Skirts.

Tablo menjadi penulis lirik ketika masih di sekolah menengah. Di bawah pengawasan Tobias Wolff, Tablo lulus dari Universiti Stanford dengan ijazah dalam kesusasteraan Inggeris dan penulisan kreatif. Beliau kemudian berpindah ke Korea,[1] di mana, pada 2001, beliau membentuk Epik High bersama DJ Tukutz dan Mithra Jin. Kumpulan itu telah menerbitkan 10 album penuh dan 1 EP, dengan Tablo menerbitkan dan menulis semua lagu. Album solo pertamanya, Fever's End, dikeluarkan pada tahun 2011.

Di luar Epik High, Tablo ialah penerbit rakaman dan penulis lagu untuk artis lain dan terlibat dalam projek kerjasama seperti Borderline, Eternal Morning, dan Anyband. Muziknya menggabungkan pelbagai gaya, mulai dari trance, trip hop, hingga rock. Tablo juga merupakan pengarang buku terlaris, yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Korea, dan Blonote. Beliau membuat penampilan sulung filemnya di Nonstop (2005). Pada tahun 2016, Tablo meninggalkan rancangan radionya, Tablo's Dreaming Radio MBC FM4U, selepas sebelas tahun untuk menumpukan pada sublabel YG HIGHGRND.[2][3]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2007 Fantastic Parasuicides Min-ho Watak utama
August Rush Pemain Clarinet Kemunculan khas, tidak dikreditkan

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian Catatan
2004 Epik High's Love and Delusion Dirinya sendiri
Mnet
Siri tetap
2005 Nonstop Tablo
MBC
Peranan utama; musim 5
2007 High Kick! Guru
MBC
Kemunculan khas (Episode 150)
2008 Woman of Matchless Beauty Dirinya sendiri
MBC
Kemunculan khas (Episod 7 & 8)
Music Bank Pengacara bersama
KBS2
Bersama Kim Sung-eun dan Min Seo-hyun
2009 Mnet Director's Cut Dirinya sendiri
Mnet
Filem televisyen
Come To Play Dirinya sendiri
MBC
Ep 262 - Movement Special
2010 Happy Birthday Dirinya sendiri
KBS
Siri tetap
2013 The Return of Superman Dirinya sendiri
KBS
Siri tetap
2014 Show Me the Money 3 Dirinya sendiri
Mnet
Penerbit/juri
2015 Show Me the Money 4 Dirinya sendiri
Mnet
Penerbit/juri

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Muzik video Panjang Album
2011 Bad (나쁘다) 4:07 Fever's End: Part 1 (열꽃)
Tomorrow (Feat. Taeyang) 4:14 Fever's End: Part 2 (열꽃)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Badan pemberi anugerah Kategori Karya Keputusan
2011 Anugerah Muzik Asia Mnet Persembahan Rap Terbaik[4] "Bad" Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://book.naver.com/bookdb/book_detail.php?bid=5348341 Naver Book Review
  2. ^ "Tablo's Dreaming Radio" (dalam bahasa Korean). Munhwa Broadcasting Corporation. Dicapai pada March 31, 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Tablo is replacing HaHa". Allkpop. 2008-02-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-31. Dicapai pada 2008-05-26.
  4. ^ "2011Mnet Asian Music Awards part 1". MAMA. Retrieved 2015-01-20.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]