Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP 1Malaysia) ditubuhkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak pada 31 Januari 2010. Perfkara ini diumumkan semasa Sambutan dan Festival Hari Wilayah Persekutuan 2010 di Dataran Merdeka.

Tujuannya bagi membaikpulih dan menyelenggara rumah-rumah kos rendah milik swasta di ibu kota. Tabung itu diperolehi daripada Kerajaan Pusat (RM20 juta), Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (RM5 juta), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (RM10 juta). Firma swasta menyumbang sebanyak RM2.6 juta. Setakat ini jumlahnya ialah RM37.6 juta.

Pesanan beliau agar semua penghuni flat atau rumah kos rendah milik swasta supaya bersama-sama menjaga rumah mereka selepas ia diperbaiki.Kerajaan sedia memberi geran tetapi dengan syarat pihak penghuni dan swasta yang turut menganggotainya sanggup mengeluarkan kos perbelanjaan. Jika pemaju mengeluarkan RM100,000, kerajaan juga akan mengeluarkan RM100,000 untuk menyelenggara dan membaiki rumah kos rendah.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]