Pergi ke kandungan

Tahajjud Cinta (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Tahajjud Cinta (siri TV))
Tahajjud Cinta
GenreDrama
Agama
Ditulis olehEirma Fatima
Mazelan Manan
PengarahEirma Fatima
Dibintangi oleh
Eman Manan
Nur Fazura
Fouziah Gous
Remy Ishak
Tiz Zaqyah
Eirma Fatima
Shahz Jaszle
Ziela Jalil
Ahmad Tarmimi Siregar
Melissa Saila
Azizah Mahzan
Jins Shamsuddin
Norish Karman
Aaron Aziz
Lagu pembukaan"Merpati Putih" oleh Chrisye
Lagu penutup"Merpati Putih" oleh Zamani dan Astrid
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifFadhilah Mohd Shariff
Nabila Hizam
PenerbitEirma Fatima
PenyuntingDamien Wu Kong Chuen
Aliff JJ Abd Majid
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal8 Julai 2011 – 14 Oktober 2011
Kronologi
MengikutiKeranamu Laila
Diikuti olehDingin Lavenda
Pautan luar
Laman sesawang

Tahajjud Cinta adalah sebuah drama televisyen 2011 arahan Eirma Fatima yang ditayangkan menerusi slot Zehra di saluran TV3 bermula pada 8 Julai 2011. Drama ini menampilkan 18 orang pelakon berstatus dan mencatat kedudukan tertinggi untuk slot Zehra sejak drama Nur Kasih pada 2010.

Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (Fazura) dan rakan sekuliahnya Seri (Fouziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (Tiz Zaqyah) kakak kepada Citra ada masalah dengan suaminya dan dia sangat lemah untuk menghadapi masalah dalam kehidupan berumahtangga.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.

Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada Ustaz Shauki (Eman Manan), bapa kepada Solahuddin (Remy Ishak).

Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri (Fouziah Gous) dari menjadi isteri keempat? Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dalam kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Lagu Tema

[sunting | sunting sumber]

Judul : Merpati Putih
Ciptaan: Allahyarham Chrisye
Nyanyian: Chrisye (asal), Zamani & Astrid Sartiasari (duet)

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Kerja pencalonan Keputusan
2011 Anugerah Profima Pengarah Terbaik Erma Fatima Menang
Pengarah Seni Terbaik Rabiati Adawiyah Ismail Menang
Operator Kamera Terbaik Asrar Lukmanal Hakim Menang
Drama Bersiri Terbaik Tahajjud Cinta Menang

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]