Tahun Kesedihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tahun Dukacita)
Jump to navigation Jump to search
Sebahagian dari siri mengenai
Muhammad
Muhammad
 

Tahun Kesedihan atau Tahun Dukacita (Bahasa Arab: عام الحزن‎; 'Aam al-Huzn) ialah gelaran suatu tahun dalam takwim Islam yang bertepatan dengan tahun ke-10 kenabian, dan 619[1] atau 620[2] M. Ia dinamakan sedemikian kerana kedua-dua Abu Talib dan Khadijah binti Khuwailid—bapa saudara dan isteri pertama Muhammad—meninggal dunia pada tahun itu.

Ar-Raheeq Al-Makhtum menyebut bahawa Abu Talib jatuh sakit dan meninggal dunia pada bulan Rejab atau Ramadan. Khadijah pula meninggal dunia selepas itu pada bulan Ramadan.[3]

Dalam Nur-ul-Absar pula, pengarangnya menyebut bahawa tarikh kematian Abu Talib ialah 1 Zulkaedah selepas berakhirnya sekatan ekonomi terhadap orang Islam selama 8 bulan 21 hari.[4] Khadijah pula meninggal dunia beberapa hari kemudian. Boikot para penduduk Makkah telah memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka berdua yang telah tua.[5]

Antara cara Allah memujuk baginda ialah melalui peristiwa Israk dan Mikraj.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bab A Restatement of the History of Islam and Muslims "Muhammad's Visit to Ta'if" di Al-islam.org
  2. ^ Wife of the Prophet Muhammad (SAWAS) Ummah.com
  3. ^ Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "The Year of Grief". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. m/s. 123–126. 
  4. ^ Imam al-Mahdi (a) oleh Ayatollah Sayyid Sadr-al-Din al-Sadr di al-shia.com
  5. ^ The Excellent Exemplar - Muhammad IslamAhmadiyya - Ahmadiyya Muslim Community - Al Islam Online
  6. ^ Syahidatul Akmal Dunya (23 Mei 2014). "Sains di sebalik Israk, Mikraj". Dicapai 9 Ogos 2014.