Tahun Melawat Kelantan 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tahun Melawat Kelantan 2008 telah dilancarkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada 7-10 Februari 2008.

Antara perkara yang ditonjolkan dalam program-program yang dianjurkan ialah adalah budaya, masyarakat dan makanan Kelantan. Program-program ini antaranya adalah:

  • Pesta Batik Antarabangsa Kelantan
  • Pertandingan Nyanyian Burung & Kecantikan Ayam Katik Antarabangsa
  • Pesta Makanan ASEAN & 100 Juadah Nasi
  • Pertandingan Dikir Barat ASEAN
  • Hari Peringatan Perang Dunia II

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menidakkan program ini dan menukarnya kepada 'Tahun Merawat Kelantan' sempena kempen menawan kembali Kelantan selepas dikuasai oleh kerajaan PAS sejak 1990.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]