Taib Andak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tan Sri Taib bin Hj. Andak adalah pengerusi MARA dari 8 Jun 1967 hingga 31 Ogos 1967. Felda Taib Andak di Kulai, Johor telah dinamai sempena nama beliau.

Taib Andak ialah sahabat Tun Abdul Razak Hussein dan Tunku Abdul Rahman semasa belajar di Universiti Cambridge,London, England. Atas bantuan dan nasihatnya, Tunku telah belajar bersungguh-sungguh dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) pada tahun 1925.

Bapa Taib Andak ialah Haji Andak bin Haji Jamak, dan abangnya ialah Dato' Abdul Rahman bin Andak. Tun Abdul Razak melantik Taib Andak sebagai pengerusi Felda.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Ramlah Adam. Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, DBP, 2004, m.s. 24.
  • Aziz Ishak. Riwayat Tunku Abdul Rahman Putra, Karya Bistari Sdn Bhd, m.s. 10.