Tak Bai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tak Bai, Narathiwat)

Tak Bai (Bahasa Thai: ตากใบ, atau Tabal dalam bahasa Melayu) ialah sebuah pekan yang terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand dan merupakan pekan utama dalam Daerah Tak Bai, provinsi Narathiwat. Para pelancong boleh melawat Malaysia melalui laluan Pengkalan Kubur, negeri Kelantan.

Setakat tahun 2005 pekan ini mempunyai jumlah penduduk seramai 16,932 orang.

Ia juga adalah lokasi Peristiwa berdarah Tak Bai, yang mana 85 orang penunjuk perasaan terkorban.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Peta keluasan Kesultanan Kelantan pada tahun 1900

Tak Bai atau dikenali Taba (Kelantan-Pattani) pada asalnya merupakan sebuah daerah dalam Jajahan Tumpat, Kelantan. Namun setelah perjanjian Bangkok, kawasan ini diserahkan kepada Siam tanpa kerelaan pemerintahan Kesultanan Kelantan itu semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad IV.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 6°15′33″N, 102°03′11″E