Pergi ke kandungan

Takahashi Korekiyo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Takahashi Korekiyo
高橋 是清
Perdana Menteri Jepun
Dalam jawatan
13 November 1921 – 12 Jun 1922
RajaTaishō
PemangkuHirohito
Didahului olehHara Takashi
Uchida Kōsai (pemangku)
Digantikan olehKatō Tomosaburō
Presiden Rikken Seiyūkai
Dalam jawatan
13 November 1921 – 10 April 1925
Didahului olehHara Takashi
Digantikan olehTanaka Giichi
Pejabat kementerian
Menteri Kewangan
Dalam jawatan
27 November 1934 – 26 Februari 1936
Perdana MenteriKeisuke Okada
Didahului olehSadanobu Fujii
Digantikan olehMachida Chūji
Dalam jawatan
13 Disember 1931 – 8 Julai 1934
Perdana MenteriInukai Tsuyoshi
Saitō Makoto
Didahului olehJunnosuke Inoue
Digantikan olehSadanobu Fujii
Dalam jawatan
20 April 1927 – 2 Jun 1927
Perdana MenteriTanaka Giichi
Didahului olehKataoka Naoharu
Digantikan olehChūzō Mitsuchi
Dalam jawatan
29 September 1918 – 12 Jun 1922
Perdana MenteriHara Takashi
beliau
Didahului olehKazue Shōda
Digantikan olehOtohiko Ichiki
Dalam jawatan
20 Februari 1913 – 16 April 1914
Perdana MenteriYamamoto Gonnohyōe
Didahului olehWakatsuki Reijirō
Digantikan olehWakatsuki Reijirō
Pemangku Perdana Menteri Jepun
Dalam jawatan
15 Mei 1932 – 26 Mei 1932
RajaHirohito
Didahului olehInukai Tsuyoshi
Digantikan olehSaitō Makoto
Menteri Pertanian dan Perhutanan
Dalam jawatan
1 April 1925 – 17 April 1925
Perdana MenteriKatō Takaaki
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehOkazaki Kunisuke
Menteri Perdagangan dan Industri
Dalam jawatan
1 April 1925 – 17 April 1925
Perdana MenteriKatō Takaaki
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehNoda Utarō
Menteri Pertanian dan Perdagangan
Dalam jawatan
11 Jun 1924 – 1 April 1925
Perdana MenteriKatō Takaaki
Didahului olehMaeda Toshisada
Digantikan olehTatsunosuke Yamazaki (1943)
Ahli Dewan Perwakilan
Dalam jawatan
10 Mei 1924 – 21 Januari 1928
Didahului olehUmatarō Ōya
Digantikan olehDimansuhkan
Kawasan pilihan rayaIwate Pertama
Ahli Dewan Bangsawan
Dalam jawatan
29 Januari 1905 – 24 Mac 1924
Diisytihar oleh Maharaja
Maklumat peribadi
Lahir(1854-07-27)27 Julai 1854
Edo, Musashi, Jepun
Meninggal dunia26 Februari 1936(1936-02-26) (umur 81)
Akasaka, Tokyo, Jepun
Cause of deathPembunuhan (cedera tembakan)
Tempat semadiPerkuburan Tama Reien, Tokyo
Parti politikRikken Seiyūkai
PasanganTakahashi Shina (k. 1890)
TandatanganTandatangan
Nama panggilanKeynes Japan[1][2]
Takahashi membaca akhbar di pejabatnya pada 1934.

Viscount Takahashi Korekiyo (高橋 是清, 27 Julai 1854 – 26 Februari 1936) merupakan seorang ahli politik Jepun yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Jepun dari 1921 hingga 1922 dan Menteri Kewangan ketika beliau dibunuh. Beliau juga merupakan ahli Dewan Bangsawan dan ketua Bank Jepun.

Takahashi memberikan banyak sumbangan kepada pembangunan Jepun pada awal abad ke-20, termasuk memperkenalkan sistem paten pertama di Jepun dan memperoleh pembiayaan asing untuk Perang Rusia–Jepun. Selepas permulaan Kemelesetan Besar, beliau memperkenalkan dasar kewangan yang kontroversial, termasuk meninggalkan piawai emas, menurunkan kadar faedah, dan menggunakan Bank Jepun untuk membiayai perbelanjaan defisit kerajaan pusat.

Keputusannya untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan pada tahun 1935 menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan tentera Jepun, yang membunuhnya pada Februari 1936. Dasar Takahashi diakui berjaya membantu Jepun keluar daripada kemelesetan ekonomi, tetapi selepas pembunuhannya, inflasi melonjak kerana penggantinya enggan menghentikan pembiayaan kerajaan.[3]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Takahashi dilahirkan di Edo (Tokyo moden) ketika Jepun masih di bawah pemerintahan Tokugawa.[4] Beliau merupakan anak luar nikah seorang pelukis istana di Istana Edo dan diambil sebagai anak angkat oleh Takahashi Kakuji, seorang samurai rendah yang berkhidmat untuk daimyo puak Date di Sendai.

Beliau mempelajari bahasa Inggeris dan budaya Amerika di sebuah sekolah persendirian yang dikendalikan oleh mubaligh James Hepburn (pelopor Universiti Meiji Gakuin). Pada 25 Julai 1867, beliau berlayar ke Oakland, California, Amerika Syarikat[5] dan bekerja sebagai buruh am. Terdapat juga versi cerita yang mengatakan beliau pergi ke Amerika untuk belajar, tetapi dijual sebagai hamba oleh tuan tanahnya dan hanya berjaya kembali ke Jepun dengan susah payah.[6]

Kerjaya birokrat

[sunting | sunting sumber]

Selepas kembali ke Jepun pada 1868, Takahashi mengajar bahasa Inggeris. Beliau kemudian menjadi guru besar pertama di sekolah menengah Kyōryū Gakkō di Tokyo (sekarang Akademi Kaisei) sambil bekerja sebagai pegawai rendah di Kementerian Pendidikan, dan seterusnya di Kementerian Pertanian dan Perdagangan. Beliau dilantik sebagai ketua pertama Biro Paten di kementerian itu dan membantu menubuhkan sistem paten di Jepun. Pada satu ketika, beliau meletakkan jawatan dan pergi ke Peru untuk menceburi perlombongan perak, tetapi gagal.[3]

Takahashi menyertai Bank Jepun pada 1892 dan kebolehannya dengan pantas dapat diiktiraf, sehingga dilantik sebagai timbalan presiden pada 1898.

Ketika dan selepas Perang Rusia–Jepun 1904–1905, Takahashi berjaya memperoleh pinjaman asing yang penting bagi usaha perang Jepun. Beliau berjumpa sendiri dengan ahli kewangan Amerika, Jacob Schiff yang membiayai separuh daripada pinjaman Jepun di Amerika Syarikat, serta mengumpul pinjaman daripada keluarga Rothschild di Britain.

Hasil kejayaannya ini, beliau dilantik ke Dewan Bangsawan Diet Jepun pada 1905. Takahashi kemudian dilantik sebagai presiden Bank Specie Yokohama pada 1906 dan dianugerahi gelaran baron (danshaku) dalam sistem bangsawan kazoku pada 1907. Beliau menjadi Gabenor Bank Jepun dari 1 Jun 1911 hingga 20 Februari 1913.[7]

Perdana Menteri Jepun

[sunting | sunting sumber]

Pada 1913, Takahashi dilantik sebagai Menteri Kewangan oleh Perdana Menteri Yamamoto Gonnohyōe dan kemudian menyertai parti politik Rikken Seiyūkai. Beliau dilantik semula oleh Perdana Menteri Hara Takashi pada 1918. Pada 1920, gelarannya dinaikkan menjadi viscount (shishaku).

Selepas Hara Takashi dibunuh pada 1921, Takahashi dilantik sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti Rikken Seiyūkai.

Takahashi merupakan Perdana Menteri Kristian kedua dalam sejarah Jepun. Tempoh jawatannya kurang dari tujuh bulan, terutama kerana beliau ialah orang luar yang gagal mengawal kelompok dalam partinya dan tiada asas kuasa yang kukuh dalam parti.

Tempoh pasca-Perdana Menteri

[sunting | sunting sumber]

Selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Takahashi masih mengekalkan jawatan sebagai Presiden Rikken Seiyūkai. Beliau meletak jawatan sebagai anggota Dewan Bangsawan pada 1924 dan dipilih semula ke Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum 1924. Apabila Katō Takaaki menjadi Perdana Menteri dan membentuk kabinet gabungan pada 1924, Takahashi dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Perdagangan. Beliau membahagikan kementerian itu kepada Kementerian Pertanian dan Perhutanan serta Kementerian Perdagangan dan Industri. Takahashi meletak jawatan daripada Rikken Seiyūkai pada 1925.

Beliau berkhidmat sebagai Menteri Kewangan di bawah pentadbiran Tanaka Giichi (1927–1929), Inukai Tsuyoshi (1931–1932), Saitō Makoto (1932–1934) dan Keisuke Okada (1934–1936). Bagi membawa Jepun keluar daripada Kemelesetan Besar 1929, beliau melaksanakan dasar monetari dan fiskal yang sangat ekspansif, meninggalkan piawai emas pada Disember 1931, dan menguruskan defisit.[8]

Pembunuhan

[sunting | sunting sumber]
Hari pengebumian Takahashi.

Walaupun berjaya dalam banyak perkara, dasar fiskal Takahashi yang mengurangkan perbelanjaan tentera menimbulkan banyak musuh dalam kalangan tentera. Beliau dibunuh oleh pegawai tentera yang memberontak semasa Peristiwa 26 Februari 1936. Makamnya terletak di Taman Perkuburan Tama Reien, Fuchū, Tokyo. Bersama Saitō Makoto (yang juga dibunuh dalam insiden sama), Takahashi menjadi bekas Perdana Menteri Jepun terakhir yang dibunuh sehingga pembunuhan Shinzo Abe pada 86 tahun kemudian pada 2022.

Takahashi pernah muncul pada wang kertas 50 Yen yang dikeluarkan oleh Bank Jepun pada tahun 1951. Kemunculan ini ialah hanya menampilkan bekas Presiden Bank Jepun muncul pada mata wang kertas Jepun. Rumah kediamannya di Tokyo kini menjadi "Taman Memorial Takahashi Korekiyo" di Minato, Akasaka, manakala sebahagian bangunan asal dipelihara di Muzium Seni Bina Terbuka Edo-Tokyo di Koganei, Tokyo.

Dasar fiskal dan monetari Takahashi semasa Kemelesetan Besar banyak menyerupai teori Keynes yang diterbitkan pada 1936 dalam The General Theory of Employment, Interest and Money. Walaupun tidak terbukti, kejayaannya dipercayai memberi inspirasi kepada teori Keynes.

Ben Bernanke, bekas Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, memuji Takahashi sebagai seorang yang "dengan cemerlang menyelamatkan Jepun daripada Kemelesetan Besar". Perdana Menteri Jepun, Shinzō Abe menyatakan Takahashi memberi inspirasi kepada dasar Abenomics beliau. Bagaimanapun, Presiden Bank Jepun iaitu Masaaki Shirakawa melihat dasar Takahashi sebagai "pengalaman pahit", dan pada 1982 Bank Jepun menyifatkan dasar beliau semasa Kemelesetan Besar sebagai "kesilapan terbesar bank dalam sejarah 100 tahun".[3]

  1. ^ Nanto, Dick K.; Takagi, Shinji (1985). "Korekiyo Takahashi and Japan's Recovery from the Great Depression". The American Economic Review. 75 (2): 369–374. JSTOR 1805627.
  2. ^ Shizume, Masato (2021). "Origins of the Economic Ideas of Takahashi Korekiyo". The Japanese Economy During the Great Depression. Studies in Economic History. m/s. 81–97. doi:10.1007/978-981-13-7357-2_5. ISBN 978-981-13-7356-5.
  3. ^ a b c Schlesinger, Jacob M. (11 June 2015). "As Japan Battles Deflation, a Bitter Legacy Looms". The Wall Street Journal. Dicapai pada 12 June 2015.
  4. ^ Bank of Japan (BOJ), 7th Governor
  5. ^ Smethurst, p. 22
  6. ^ "Minato City Sightseeing database". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 June 2021. Dicapai pada 2 May 2014.
  7. ^ BOJ, List of Governors.
  8. ^ Evans-Pritchard, Ambrose (22 January 2013). "Japan's economic revolution rocks the world". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 22 January 2013.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Pejabat-pejabat kerajaan
Didahului oleh
Shigeyoshi Matsuo
Gabenor Bank Jepun
Jun 1911 – Feb 1913
Diikuti oleh:
Yatarō Mishima
Jawatan politik
Didahului oleh
Wakatsuki Reijirō
Menteri Kewangan
Feb 1913 – Apr 1914
Diikuti oleh:
Wakatsuki Reijirō
Didahului oleh
Kazue Shōda
Menteri Kewangan
Sept 1918 – Jun 1922
Diikuti oleh:
Otohiko Ichiki
Didahului oleh
Hara Takashi
Perdana Menteri Jepun
Nov 1921 – Jun 1922
Diikuti oleh:
Katō Tomosaburō
Didahului oleh
Toshisada Maeda
Menteri Pertanian & Perdagangan
Jun 1924 – Apr 1925
Diikuti oleh:
jawatan dimansuhkan
Didahului oleh
tiada
Menteri Perdagangan & Industri
Apr 1925
Diikuti oleh:
Noda Utarō
Didahului oleh
tiada
Menteri Pertanian dan Perhutanan
Apr 1925
Diikuti oleh:
Okazaki Kunisuke
Didahului oleh
Seinosuke Yokota
Menteri Kehakiman
Feb 1925
Diikuti oleh:
Heikichi Ogawa
Didahului oleh
Kataoka Naoharu
Menteri Kewangan
Apr–Jun 1927
Diikuti oleh:
Chōzō Mitsuchi
Didahului oleh
Junnosuke Inoue
Menteri Kewangan
Dec 1931 – Jul 1934
Diikuti oleh:
Sadanobu Fujii
Didahului oleh
Sadanobu Fujii
Menteri Kewangan
Nov 1934 – Feb 1936
Diikuti oleh:
Chōji Machida