Takara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Takara
Nama asal
株式会社タカラ
Nama rumi
Syarikat Takara Sdn. Bhd.
NasibBergabung dengan Tomy
Pengganti Tomy
Ditubuhkan1955; 64 tahun yang lalu (1955)
Dibubarkan1 Mac 2006; 13 tahun yang lalu (2006-03-01)
Ibu pejabatJepun
KeluaranBowLingual, Choro-Q, Microman Transformers
Laman sesawangwww.takaratoys.co.jp

Syarikat Takara Sdn. Bhd. (株式会社タカラ) ialah sebuah syarikat mainan Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1955. Pada bulan Mac 2006, syarikat tersebut bergabung dengan Syarikat Tomy Sdn. Bhd. untuk membentuk Takara Tomy. Moto Takara adalah 遊びは文化」("bermain itu budaya").

Produk[sunting | sunting sumber]

Mainan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1967, Takara menghasilkan generasi pertama patung Licca-chan, yang setinggi 21 sentimeter dan mempunyai nama keluarga Kayama, diilhamkan oleh pemuzik Yuzo Kayama dan pelakon Yoshiko Kayama.[1]

Pada tahun 1975, Takara menghasilkan mainan Diaclone dan Microman Micro Change. Pada tahun 1984, barisan mainan tersebut dijenamakan semula oleh Hasbro dengan nama "Transformers", yang membuat Takara segera menyertainya. Takara terus menjual Microman dan menggunakannya sebagai asas barisan mainan Micronauts. Micronauts dijualkan secara antarabangsa oleh Korporasi Mego. Mainan berubah bentuk lain yang dihasilkan oleh Takara termasuk Brave, Dennō Bōkenki Webdiver dan Daigunder. Kedua-dua Webdiver dan Daigunder dapat berinteraksi dengan skrin televisyen, yang hanya membuktikan ia sebagai kegilaan sebentar pada awal tahun 2000-an.

Takara juga mencipta Battle Beasts, mikrofon karaoke E-kara, B-Daman dan Beyblade. Mainan-mainan ini dijual atau dikeluarkan secara antarabangsa oleh Hasbro. Pada tahun 1978, Takara mencipta Choro-Q, kereta tarik kecil. Secara antarbangsa, ia telah dijual sebagai "Penny Racers".

Perisian[sunting | sunting sumber]

Takara mencipta dan menerbitkan permainan video. Pada tahun 1990-an, Takara menerbitkan permainan video Chibi Maruko-chan. Syarikat itu memindahkan (menyesuaikan) beberapa permainan arked berasaskan Neo Geo SNK untuk konsol 8 dan 16 bit. Ini termasuk siri Fatal Fury dan Samurai Shodown. Permainan tersebut dijual untuk digunakan dengan Sega Genesis, Super Nintendo Entertainment System, Game Boy atau Famicom.

Pada tahun 2003, Takara menyumbang kepada penciptaan permainan Seek-and-Destroy. Takara menerbitkan siri permainan perlawanan grafik komputer 3D, Battle Arena Toshinden, dicipta oleh Tamsoft. Pencipta permainan kecil seperti Tamsoft, BHE, E-game dan KID corp, kadang-kadang tidak dimasukkan dalam kepujian dalam pembungkusan atau skrin utama permainan Takara. Juga tahun tersebut, Takara membeli bahagian pengawalan dalam penerbit perisian didagang secara awam, Atlus. Beberapa hak Takara dilesen dan diterbit oleh Atlus.

Pada tahun 2006, selepas gabungan dengan Tomy, bahagian pengawalan dalam Atlus dijual kepada Index Holdings, pemegang saham utama Takara Tomy. Produk berjenama Takara seperti Licca-chan, Permainan Jinsei, Permainan Kehidupan dan Chro-Q dipulangkan ke bahagian perisian pengguna Takara Tomy. Syarikat bergabung tersebut juga menghasilkan Zoids dan siri Naruto.

Produk hiburan kehidupan[sunting | sunting sumber]

Takara telah menghasilkan beberapa gadget pelik dijual sebagai "produk hiburan kehidupan". Sebuah contoh ialah BowLingual yang bertujuan untuk menterjemahkan bunyi anjing kepada bahasa manusia. BowLingual dinamakan sebagai salah satu penciptaan terbaik pada tahun 2002 oleh majalah Time.[2]

Pada tahun 2005, Takra menghasilkan Walkie-bits, sebuah robot penyu kecil yang berwarna dan melakukan pelbagai tugas. Ia dianugerahkan sebagai penciptaan terbaik dalam kategori robot majalah Time.[3]

Maskot syarikat[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1980-an, syarikat tersebut dikritik untuk mengguna sebuah maskot yang merupakan sebuah karakter menyerupai golliwog. Maskot itu dinamakan "Dakko-Chan" (ダッコちゃん).[4] Takara menggantikan maskot tersebut dengan "Dakko-Chan Berwarna Abad Ke-21", yang mempunyai cukup ciri untuk merujukkan maskot asal tapi membuang ciri yang membawa kritikan.

Gabungan[sunting | sunting sumber]

Pada 13 May 2005, Takara dan Tomy mengumumkan gabungan mereka. Ia dilaksanakan pada 1 Mac 2006. Di luar Jepun, nama rasmi syarikat digabung itu ialah "Syarikat Tomy Sdn. Bhd.", manakala di Jepun, nama sah syariakt ialah "K. K. Takara-Tomy" (株式会社タカラトミー ).

Dalam mencadang atas nama baru sayrikat bergabung itu, "Takara" digunakan untuk pengenalan jenama antarabangsanya dan "Tomy" digunakan di Jepun kerana ia sebuah jenama produk bayi dan tadika yang boleh dipercayai.

Walaupun undang-undang komersial Jepun membenarkan kepelbagaian dalam menterjemahkan nama korporat Jepun kepada bahasa rasmi yang lain, syarikat gabungan tersebut mengambil langkah yang anih dengan memakai nama "Syarikat Tomy Sdn. Bhd." sebagai nama rasmi dalam bahasa lain selain bahasa Jepun, manakala menggunakan "K. K. Takara-Tomy" (株式会社タカラトミー ) di Jepun.

Kedua-dua Takara dan Tomy memegang lesen untuk "menyenempatkan" dan mengeluar produk Hasbro di Jepun. Produk tersebut termasuk "Permainan Kehidupan", patung Blythe, Magic: The Gathering, permainan kad Duel Masters oleh Takara dan Monopoly, Furby, Super Soaker dan Play-Doh oleh Tomy.

Rujukan[sunting | sunting sumber]