Takdir Cinta Dhia
Takdir Cinta Dhia adalah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Idora Abdul Rahman, dibintangi oleh Dato Aaron Aziz, Datin Elvina Mohamad dan Shah Jaszle. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Prima bermula 12 September 2022 menggantikan Cinta Hilang Kata.
| Takdir Cinta Dhia | |
|---|---|
| Genre | Drama Cinta Tragedi Dendam Konflik |
| Ditulis oleh | Nieza Nahar |
| Pengarah | Idora Abdul Rahman |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Cinta Pasti Bersatu" oleh Margosa & Aepul Roza |
| Lagu penutup | "Cinta Pasti Bersatu" oleh Margosa & Aepul Roza |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 40 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif |
|
| Penerbit |
|
| Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Prima |
| Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 12 September 2022 – 4 November 2022 |
| Status | Tamat |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Cinta Hilang Kata |
| Diikuti oleh | Jesnita |
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan tentang Dhia yang ditunangkan dengan anak Encik Amran, Huzair yang tidak sabar untuk berjumpa buat pertama kali. Namun dalam perjalanan untuk bertemunya, mereka ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kematian bapanya dan Encik Amran. Dhia tidak sempat untuk berjumpa dengan Huzair dan dibawa pulang ke rumah abang iparnya, Fayyad yang ingin mengambil hak penjagaan Dhia.
Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Fayyad merupakan seorang ketua kumpulan samseng yang sudah lama membenci keluarga Dhia walaupun adiknya sendiri, Tasha telah berkahwin dengan Fikri, abang sulung kepada Dhia. Tasha juga mempunyai perasaan dengki terhadap Dhia dan sering membuat kehidupannya yang kini sudah menjadi sebatang kara lebih sukar.
Huzair pula pulang dari Eropah hanya untuk berdepan dengan berita tragik tentang bapanya. Dia mengambil keputusan untuk terus menetap di Malaysia dan mencari gadis yang ditunangkan dengannya. Pencariannya dikesan oleh Tasha yang terus berkomplot untuk mengahwinkan adiknya, Nadia kepada Huzair. Keadaan bertambah rumit apabila Fayyad sendiri telah jatuh cinta pada Dhia.
Takdir menemukan Dhia, Fayyad dan Huzair namun hanya dua antara mereka yang bakal bahagia dan layak menemukan cinta.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon Utama
[sunting | sunting sumber]- Dato Aaron Aziz sebagai Fayyad
- Datin Elvina Mohamad Sebagai Dhia Zahra
- Shah Jaszle sebagai Huzair
Pelakon Pembantu
[sunting | sunting sumber]- Nada Syuhada sebagai Natasha
- Nazrief Nazri sebagai Fikri
- Khalida Balqis sebagai Nadia
- Faez Nick sebagai Nick
- Hanis Husna sebagai Dr. Intan
- Daniel Dashuki sebagai Darwin
- Eddy Effrimz sebagai Zack
- Azri Iskandar sebagai Ammar
- Azhar Amir sebagai Ruzman
- Anuar Hamid sebagai Imran
- Azlina Ismail sebagai Mak Ara
- Nia Miera sebagai Doktor
- Ganesan Muthu sebagai Ahli Lembaga Pengarah
Muzik dan Runut Bunyi
[sunting | sunting sumber]OST untuk drama Takdir Cinta Dhia ialah Cinta Pasti Bersatu nyanyian Margosa dan Aepul Roza. Terdapat juga lagu sisipan yang dimuatkan dalam drama ini:
- "Angkara" - Siti Nordiana
- "Bagaimana" - Muna Shahirah & Zack Zakwan
- "Cinta Tak Bertepi" - Sufian Suhaimi
- "Cinta Khayalan" - Wany Hasrita
- "Sepi" - Aina Abdul
- "Nadi" - Rahmat Damansari
- "Nafas Cinta" - Khai Bahar & Aina Abdul
- "Perit" - Aliff Iskandar
- "Sekali Lagi" - Siti Nordiana & Nubhan