Takeo Fukuda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato'

Takeo Fukuda

SPMK (Kelantan)
Perdana Menteri Jepun yang ke-67
Dalam jawatan
24 Disember 1976 – 7 Disember 1978
RajaHirohito
Didahului olehTakeo Miki
Digantikan olehMasayoshi Ōhira
Ahli Dewan Perwakilan
untuk Daerah Gunma ke-3
Dalam jawatan
1 Oktober 1952 – 18 Februari 1990
Digantikan olehYasuo Fukuda
Butiran peribadi
Lahir14 Januari 1905
Jepun Takasaki, Gunma, Jepun
Meninggal dunia5 Julai 1995(1995-07-05) (umur 90)
Parti politikParti Demokratik Liberal

Takeo Fukuda (14 Januari 1905 - 5 Julai 1995) merupakan ahli politik Jepun , Perdana Menteri Jepun ke-67 dari 24 Disember 1976 hingga 7 Disember 1978.[1]

Lahir di Wilayah Gunma dan belajar di Universiti Imperial Tokyo. Sebelum Perang Dunia II, beliau berkhidmat sebagai pegawai di Kementerian Kewangan Jepun dan Ketua Setiusaha Kabinat. Selepas perang, beliau menjadi pengarah kewangan Jepun.

Pada 1952, Fukuda terpilih dalam Dewan Perwakilan bagi daerah Gunma. Pada 1957 beliau terplih sebagai Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan(1959-69), Menteri Kewangan (1969-1971) , Menteri Luar Negeri (1971-73), Pengarah Agensi Perancangan Ekonomi (1974-76). Seterusnya menjadi calon Perdana Menteri Jepun pada 1972 tetapi kalah kepada Kakuei Tanaka.[2]

Fukuda mengambilalih jawatan Presiden Parti Liberal Demokrat (LDP) dari Takeo Miki selepas parti itu merosot teruk dalam pilihan raya Jepun 1976. Fukuda terlibat dalam krisis antarabangsa apabila memenuhi tuntutan kumpulan pengganas merampas kapal terbang Japan Airlines 472.

Ekoran penamatan sistem paksi LDP, Fukuda memperkenalkan plihan raya rendah. Namun beliau dikalahkan oleh Masayoshi Ōhira pada 1978[2] untuk jawatan presiden LDP dan terpaksa meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Beliau bersara dari politik pada 1990 dan meninggal dunia pada 1995.

Anak sulungnya Yasuo Fukuda yang kini Perdana Menteri Jepun selepas persaraan mengejut Shinzo Abe. Bekas Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi pernah menjadi setiausaha kepada Takeo Fukuda dan sangat rapat sejak 1970. Fukuda menjadi orang penting semasa majlis perkahwinan Koizumi. Pada September 2007, anaknya Yasuo Fukuda menjadi anak Perdana Menteri Jepun pertama yang menjawat jawatan itu.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "List of prime ministers" (dalam bahasa Inggeris). Kantei. Dicapai pada 12 Januari 2013.
  2. ^ a b Sayle, Murray (8 Julai 1996). "Obituary: Takeo Fukuda". The Independent (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Januari 2013.
Didahului oleh
Kiichi Aichi
Menteri Luar Jepun
1971 – 1972
Diikuti oleh:
Masayoshi Ohira
Didahului oleh
Takeo Miki
Perdana Menteri Jepun
24 Disember 19767 Disember 1978
Diikuti oleh:
Masayoshi Ōhira