Takoyaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
  Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.
Takoyaki
Sepinggan takoyaki
JenisOctopus dish, yakimono, konamono Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianSnek
Tempat asalJepun, Korea Selatan
Kawasan/rantauKawasan berbahasa Jepun
Bahan utamaTepung sadur, sotong kurita, habuk tempura (tenkasu), jeruk halia, daun bawang
Bahan yang biasa digunakanTepung gandum, doyak, beni shōga, Aonori, Katsuobushi, Bawang benggala Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Takoyaki (Jepun: たこ焼き atau 蛸焼) atau cucur kurita[1][2] merupakan snek Jepun berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung sadur berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali takoyaki khas. Ia biasanya diisi dengan sotong kurita yang dikisar atau dipotong dadu, habuk tempura (tenkasu), jeruk halia, dan daun bawang.[3][4] Takoyaki disapu dengan sos takoyaki, sejenis sos yang menyerupai sos Worcestershire, dan mayonis. Takoyaki kemudian ditabur dengan aonori dan parutan ikan tongkol kering (katsuobushi). Terdapat banyak variasi resipi takoyaki. Contohnya, ponzu iaitu sejenis kicap soya dengan dashi dan cuka limau, goma-dare iaitu sos bijan dan cuka ataupun dashi bercuka.

Takoyaki mula dipopularkan di Osaka,[5] di mana seorang peniaga gerai bernama Tomekichi Endo diberi penghargaan terhadap penciptaannya pada tahun 1935. Takoyaki diinspirasikan daripada Akashiyaki, sejenis pau bulat kecil dari bandar raya Akashi di Wilayah Hyōgo yang diperbuat daripada tepung sadur dengan telur yang banyak dan sotong kurita.[6] Takoyaki asalnya popular di kawasan Kansai, tetapi kemudiannya merebak ke kawasan Kantō dan kawasan lain di Jepun. Takoyaki dikaitkan dengan gerai makanan tepi jalan yatai, tetapi sudah ada banyak restoran khas takoyaki, terutamanya di kawasan Kansai. Takoyaki kini dijual di kedai-kedai komersial, seperti pasar raya dan kedai serbaneka 24 jam.

Yaki berasal daripada perkataan "yaku" (Jepun: 焼く) yang merupakan salah satu kaedah masakan dalam hidangan Jepun, bermaksud "menggoreng atau menggril", dan boleh ditemui pada nama beberapa masakan Jepun dan masakan Korea yang lain seperti teppanyaki, yakitori, teriyaki dan sukiyaki.[7]

Kuali takoyaki[sunting | sunting sumber]

Kuali takoyaki segi empat sama dengan 16 acuan

Kuali takoyaki (Jepun: たこ焼き器, Hepburn: takoyakiki) atau—yang lebih jarang digunakan—takoyaki-nabe (Jepun: たこ焼き鍋) ialah sejenis kuali rata yang diperbuat daripada besi tuang dengan acuan separuh bulat.[4] Besi berat ini memanaskan takoyaki dengan sekata, yang dipusingkan menggunakan pencungkil semasa proses pemasakan untuk menarik bahagian tepung sadur yang belum masak ke bahagian dasar acuan. Dapur takoyaki bergas komersial digunakan semasa festival Jepun atau oleh peniaga gerai tepi jalan. Bagi kegunaan rumah, dapur versi elektrik yang menyerupai plat panas juga boleh didapati.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "cucur kurita". Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka versi dalam talian. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
  2. ^ Nana (2020). "Obses Dengan Snek Makanan Jepun "Takoyaki". Ini Resepinya!". Remaja. Dicapai pada 2022-03-13.
  3. ^ "蛸焼" [Takoyaki]. Dijitaru daijisen (dalam bahasa Jepun). Tokyo: Shogakukan. 2012. OCLC 56431036. Dicapai pada 2012-06-22.
  4. ^ a b "Takoyaki". Encyclopedia of Japan. Tokyo: Shogakukan. 2012. OCLC 56431036. Dicapai pada 2012-06-22.
  5. ^ "蛸焼" [Takoyaki]. Nihon Kokugo Daijiten (dalam bahasa Jepun). Tokyo: Shogakukan. 2012. OCLC 56431036. Dicapai pada 2012-06-17.
  6. ^ Takoyaki - Icon of Osaka
  7. ^ Takoyaki, the great street snack