Taksonomi Bloom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taksonomi Bloom (kognitif) menurut kata kerja Bloom dan jenis pentaksiran pemadanan. Kata kerja ini bertujuan untuk boleh dilaksana dan boleh ukur.

Taksonomi Bloom (Jawi: تکسونومي بلوم‎) ialah satu set tiga model berhierarki yang digunakan untuk mengelaskan objektif pembelajaran pendidikan kepada aras kerumitan dan kekhususan. Tiga senarai ini meliputi objektif pembelajaran dalam domain kognitif, afektif dan deria. Senarai domain kognitif telah menjadi tumpuan utama bagi kebanyakan pendidikan tradisional dan kerap digunakan untuk menstrukturkan objeltif pembelajaran kurikulum, pentaksiran dan aktiviti.

Model-model ini dinamakan sempena Benjamin Bloom, yang mempengurusi jawatankuasa pendidik yang telah mereka taksonomi ini. Beliau juga menyunting jilid pertama teks piawai, Taxonomy of Educational Objectives: The Classification of Educational Goals (Taksonomi Objektif Pendidikan: Pengelasan Matlamat Pendidikan).[1][2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bloom, B. S.; Engelhart, M. D.; Furst, E. J.; Hill, W. H.; Krathwohl, D. R. (1956). Taxonomy of educational objectives: The classification of educational goals. Handbook I: Cognitive domain. New York: David McKay Company.
  2. ^ Shane, Harold G. (1981). "Significant writings that have influenced the curriculum: 1906-1981". Phi Delta Kappan. 62 (5): 311–314.CS1 maint: ref=harv (link)

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]