Takut Ke Tak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Takut Ke Tak
PengarahMuzzamer Rahman
Dibintangi
SinematografiTan Teck Zee
Syarikat
penerbitan
Jazzy Pictures
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
27 Ogos 2020 (Malaysia, Brunei)
17 September 2020 (Singapura)
Masa tayangan
1 jam 34 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Takut Ke Tak ialah filem komedi seram Malaysia 2020. Ia menceritakan kisah lawak lima pelajar universiti yang membuat penggambaran filem seram di rumah hantu yang terkenal, tetapi hantu situ juga mula menghantui mereka.

Ia ditayangkan di pawagam pada 27 Ogos 2020 di Malaysia dan Brunei.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Lima pelajar jurusan filem perlu menghasilkan satu filem untuk projek graduasi. Mereka ingin membuat satu filem seram yang unik dan tidak klise seperti filem seram lain. Jadi, mereka melakukan penggambaran di sebuah rumah berhantu yang terkenal. Namun sewaktu tinggal di situ, situasi jadi agak kecoh apabila satu demi satu kejadian aneh seperti dalam filem seram kini berlaku pada mereka. Boleh mereka lari?[2]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Filem ini menampilkan pelakon pelbagai kaum, termasuk pelakon dan model Nabil Aqil, pelakon Fabian Loo, selebriti internet Arwind Kumar, pelakon Ika Nabella, dan pemuzik Han Zalini.

Filem ini pada awalnya dijangka untuk ditayangkan pada 2 April 2020, tetapi ditangguhkan atas pandemik COVID-19.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pengarah yakin Takut Ke Tak mampu dapat sambutan penonton". Cinema.com.my. Dicapai pada 2020-08-21.
  2. ^ "Trailer rasmi Takut Ke Tak". Youtube.
  3. ^ "Takut Ke Tak, masuk pawagam 27 Ogos depan". Sinar Harian.
  4. ^ "Ulasan filem Takut Ke Tak". Rollo De Pelicula.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]