Talbis Iblis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Talbis Iblis
PengarahKabir Bhatia
Penulis
  • Ajami Hashim
  • Ashraf Modee Zain
Dihasilkan oleh
  • TP Lim
  • Gayatri Su-Lin Pillai
  • Megan Fong
  • Angelin Ong
  • Anuarul Zaid Suhut
  • Syahrul Imran Shariffudin (eksekutif)
  • Muhammad Fasya Daud
  • Melvin Ang
  • Raja Jastina Arshad
  • Joanne Goh
  • Dato' Seri Robin Tan
  • Vicki Yeoh
Dibintangi
SinematografiNurhanisham Muhammad
Disunting oleh
  • Adilan Azemi
  • Kabir Bhatia
Muzik olehKen Hor
Syarikat
penerbitan
  • MM2 Entertainment
  • Infinitus Gold
  • A Next Star Productions
  • Jazzy Pictures
  • Chain FX
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
29 April 2022 (Antarabangsa)
20 Oktober 2022 (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 4.12 juta

Talbis Iblis merupakan sebuah filem seram Malaysia 2022 yang diarahkan oleh Kabir Bhatia serta dibintangi oleh Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin dan Amir Nafis. Filem ini mengisahkan Hajar yang memutuskan untuk melarikan diri dari Kuala Lumpur untuk melahirkan anak bagi mengelakkan orang ramai mengetahui dia hamil diluar pernikahan.

Filem ini ditayangkan di pawagam pada 20 Oktober 2022.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Talbis Iblis ini menceritakan kisah Hajar (Azira Shafinaz), yang memutuskan untuk melarikan diri dari Kuala Lumpur untuk melahirkan anak luar nikah bagi mengelakkan orang ramai mengetahui dia hamil. Arshad (Amir Nafis) menghantar Hajar tinggal bersama Mak Ju (Nasha Aziz), seorang bidan yang pakar dalam memberikan penjagaan terbaik dan sulit sebelum dan selepas kehamilan. Mak Ju memberikan penjagaan, pertimbangan, kasih sayang ibu kepada Hajar, dan yang paling penting, pemahaman yang tidak pernah dialami daripada ibunya. Tetapi Hajar tidak sedar bahawa Mak Ju sedang mencari wadah jiwa yang sempurna untuk arwah anaknya, dan anak Hajar yang dalam kandungan boleh membantu menghidupkan kembali arwah anaknya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Talbis Iblis ialah sebuah filem yang diilhamkan oleh filem Rumah Dara, À l'intérieur dan Rosemary's Baby. Filem ini merupakan filem terbitan bersama enam syarikat penerbitan — Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures, A Next Star Productions, MM2 Entertainment dan Chain FX.

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah disenarai pendek dalam bahagian pertandingan Festival Filem Udine Far East (FEFF) di Itali dan mengadakan tayangan perdana di peringkat antarabangsa pada 29 April 2022.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1. tipu daya syaitan dalam Talbis Iblis "Utusan Malaysia" (26 September 2022)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]