Tali-G

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tali G)
Tali-G

Tali G (bahasa Inggeris: G-string) ialah sejenis pakaian dalam yang terdiri daripada sekeping kain, kulit, atau plastik yang sempit yang mencawat atau menyangga alat kelamin. Kain itu melewati punggung dan dipasang pada pita pinggang yang meliliti pinggul.

Tali G dipakai sebagai pakaian renang atau seluar dalam oleh kedua-dua lelaki dan wanita. Ia juga merupakan satu gaya pakaian renang thong yang bahagian belakangnya terlalu sempit sehingga tersembunyi di dalam belahan punggung. Kedua-dua istilah tali G dan thong sering digunakan secara boleh ditukar ganti, walaupun kedua-dua itu boleh merujuk kepada pakaian yang berbeza. Sebenarnya, tali G ialah satu kelainan seluar dalam thong.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Asal istilah "tali G" adalah kabur. Sejak abad ke-19, istilah geestring merujuk kepada tali yang digunakan untuk mengikat cawat Orang Asli Amerika [1] tetapi kemudiannya digunakan untuk merujuk kepada cawat yang sempit itu pada dirinya. Dalam karya Ode on a G-String ("Oda pada Tali G"), William Safire memetik penggunaan perkataan "tali G" untuk bererti cawat oleh majalah Harper's Magazine, 15 tahun selepas Beadle menyebutnya, dan mengatakan bahawa majalah itu telah mengelirukan perkataan itu dengan istilah tali G dalam bidang muzik (iaitu tali untuk not G). Safire juga menyebut pendapat ahli linguistik Robert Hendrickson bahawa G (atau gee) merujuk kepada groin, salah satu patah kata larangan sewaktu itu.[2]

Edgar Rice Burroughs memakaikan watak novelnya, Tarzan, dengan tali G buat pertama kali di dalam bukunya, The Son of Tarzan (1914: "Anak Tarzan"), di dalam Bab 26.[3] Bagaimanapun, Korak, anak Tarzan, menggunakan tali G lebih dahulu daripada bapanya di dalam buku yang sama (Bab 20).[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ John Hanson Beadle (1877) "Western Wilds, and the Men who Redeem Them: An Authentic Narrative" p. 249, digitized text at Google Books
  2. ^ "On Language; Ode on a G-String", by William Safire, The New York Times, August 4, 1991
  3. ^ The Son of Tarzan, chapter 26: "The doe-skin, he fashioned into a loin cloth, the rope he looped over one shoulder, and the knife he thrust into the belt formed by his gee string."
  4. ^ The Son of Tarzan, chapter 20: "Korak, The Killer, fondled his heavy spear. He played with the grass rope dangling from his G-string."