Talib Karim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Amat Berhormat Datuk

Dato Haji Talib Bin Karim

O.K.S.J, J.P
Ketua Menteri Melaka ke-3
Dalam jawatan
6 Oktober 1967 – 31 Julai 1972
Didahului olehAbdul Ghafar bin Baba
Digantikan olehAbdul Ghani Ali
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk N14 Alor Gajah
Dalam jawatan
11 September 1959 – 31 Julai 1974
Didahului olehPenyandang
Digantikan olehTukar Nama Kawasan
Majoriti(PRU-3)
(PRU-2)
(PRU-1)
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Alor Gajah Timur
Dalam jawatan
1955 – 1959
Didahului olehPentadbiran British
Majoriti(PR Majlis Perundangan Persekutuan 1955)
Butiran peribadi
Lahir(1911-04-01)1 April 1911
Meninggal dunia29 Oktober 1977(1977-10-29) (umur 66)
Parti politikParti Perikatan logo.svg PERIKATAN-UMNO
BN-100px.jpgUMNO (Malaysia).svgBN(UMNO)
PasanganDatin Hajah Norkiah bte Hashim
Alma materSekolah Tinggi Melaka
PekerjaanAhli politik

Allahyarham Dato Haji Talib Bin Karim menjadi Ketua Menteri Melaka yang ketiga iaitu dari 6 Oktober 1967 hingga 31 Julai 1972 [1]. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Gajah dan Speaker DUN Melaka. Beliau merupakan anak jati negeri Melaka yang pertama dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka kerana sebelum beliau ialah Tan Sri Dato' Osman Talib berasal dari Perak dan Ghafar Baba pula walaupun dibesarkan di Melaka, berasal dari Negeri Sembilan.

Dato Haji Talib Bin Karim dilahirkan pada 1 April 1911 di Kampung Baru, Alor Gajah, Melaka. Beliau merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik.

Beliau menyambung pengajian setelah pengajian menengah di Madrasah Islamiyah Al-Hidayah di Padang, Indonesia.

Pada tahun 1936, beliau berkahwin dengan Norkiah binti Hashim yang merupakan sepupu kepada Pengetua Madrasah Islamiyah Al-Hidayah. [2]

Pada tahun 1939, beliau kembali ke Tanah Melayu.

Sekembalinya beliau ke Kampung Baru, Alor Gajah, beliau terus aktif dalam bidang politik. Beliau aktif dalam gerakan menentang Malayan Union [3]. Beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka yang ketiga pada tahun 1967 hingga tahun 1972.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Gajah, kemudian melanjutkan pelajarannya ke High School, Melaka pada tahun 1930.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Sebagai menghargai jasa-jasa beliau Dato Haji Talib Bin Karim dianugerahkan pingat OKSJ dan JP. Nama beliau juga diabadikan pada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Talib Karim pada 1969. Nama lama sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Gajah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Ketua Menteri Melaka
6 Oktober 1967 – 31 Julai 1972
Penyandang Kemudian
Abdul Ghafar bin Baba
Abdul Ghani Ali