Tamadun Mu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Struktur di bawah permukaan air yang dianggap sebagai tinggalan Mu, berhampiran Yonaguni, Jepun

Tamadun Mu, atau La Mu Raya atau Lemuria, merupakan sebuah dongeng berkenaan sebuah benua besar yang hilang di Lautan Pasifik. Ia dipanggil Tamadun Mu kerana bahasa bangsa ini terlalu banyak penggunaan bunyi "me" atau "mu" di setiap permulaan bicara, seperti Muangen = "makan", Muatai = "mati" dan lain lain. Nama Mu digunakan pertama kali oleh [http//en.wikipedia.com/James_Churchward] dalam bukunya "The Lost Continent of Mu Motherland of Man" pada 1926. Ia merupakan dongeng sebagaimana dongengan tentang benua Atlantik dan benua Lemuria di India.

Kajian sarjana Barat[sunting | sunting sumber]

Menurut kajian Augustus Le Plongeon, kewujudan tamadun ini dicerita secara dongengan dalam tulisan kaum Maya di Yucatan, Mexico. Telah dikesan sejarah tamadunnya lebih lama dari Tamadun Yunani, Tamadun Mesir, Tamadun China dan lain lain.

Penemuan[sunting | sunting sumber]

Penemuan binaan susunan batu bawah laut seakan-akan tangga dan tersusun baik (walaupun disanggah ilmuan arkeologi yang lain kononnya kebetulan kerana pergerakan kerak bumi. Serta penemuan ukiran tulisan simbolik oleh saintis Jepun di binaan yang tenggelam atau dikenali sebagai Yonaguni oleh dongengan Jepun. Selain itu terdapat juga misteri pembinaan patung-patung menyerupai kepala besar beribu-ribu tan di pulau Easter.

Binaan susunan batu besar kononnya bangunan juga dikaitkan dengan bentuk penyu raksasa dongengan dari Bali, Jawa tentang [Bedawang http://id.wikipedia.org/wiki/Bedawang_Nala] berlakunya tanda-tanda awal gempa bumi besar. Dililiti sistem Pengangkutan seakan ular atau sistem kereta api yang melingkari meliputi bangunan berbentuk penyu raksasa itu.

Halangan Kepada Kajian[sunting | sunting sumber]

Malangnya walau pelbagai bukti bergambar, bahasa dan kaitan dengan pelbagai dongeng purba dari pelbagai bangsa di sekitar persisiran pantai-pantai di sekitar lautan Pasifik, namun begitu, ada pihak-pihak tertetu telah dengan sengaja menafikan semua bukti-bukti tersebut dan terus mengabaikan semuanya kerana mempertahankan teori tanpa asas yang sedia dipercayai demi kepentingan-kepentingan pihak-pihak tertentu. Maka semua binaan-binaan tinggalan yang tidak dapat disembunyikan seperti patung Easter di Pulau Easter ditinggalkan menjadi misteri tanpa diselesaikan sehingga menjadi dongeng-dongeng bersama bukti kewujudan.

Selain itu, Demi kepentingan pelancongan dan patriotisme ada juga penokok tambahan dilakukan dan menjejaskan kesahihan bukti-bukti yang ada. Selain itu, pada 5hb April 1998, Sebuah Gempabumi besar ( 7.7 pada skala Richter ) menghentam kawasan tersebut lantas menyukarkan baikpulih dan pengekalan (konservasi) kawasan tersebut dapat dilakukan. Kemungkinan perubahan struktur yang besar sehingga merosakkan binaan atau tulisan ukiran purba yang unik boleh berlaku.

Contoh ukiran pahat berbentuk tulisan pada dinding-dinding binaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

http://www.morien-institute.org/yonaguni.html[1]

http://www.world-mysteries.com/yonaguni_map1.gif[2]

http://www.world-mysteries.com/mpl_Yonaguni.htm[3]

http://www.youtube.com/watch?v=DgFCq14oWGA[4]