Taman Arkeologi Mehrauli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Makam Quli Khan, menampakkanQutub Minar.
Kompleks Masjid dan Makam Jamali Kamali dibina pada 1528-1529 M, di Taman Arkeologi Mehrauli.

Taman Arkeologi Mehrauli ialah sebuah kawasan arkeologi yang berkeluasan melebihi 200 ekar di Mehrauli, Delhi, bersempadan dengan Tapak Warisan Dunia Qutub Minar dan kompleks Qutb tersebut. Ia mempunyai lebih 100 monumen penting yang bersejarah. Ia merupakan satu-satunya kawasan di Delhi yang diketahui telah diduduki secara berterusan selama 1000 tahun. dan merangkumi includes runtuhan kota Lal Kot yang dibina Pemerintahan Rajput Tomar pada 1060 Masihi, menjadikan ia sebagai kota paling lama yang masih wujud di Delhi, dan tinggalan seni bina zaman selepas pemerintahan dinasti Khalji, dinasti Tughlaq, Lodhi dynasty dari Kesultanan Delhi, Empayar Mughal, dan pemerintahan Raj British.[1][2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Kawasan ini mempunyai tapak-tapak seperti Makam Balban, anggaran dibna pada 1287 M, yang mana gerbang dan kubah sebenar dibina buat kali pertama di India,[3] Masjid Jamali Kamali dan Makam Maulana Jamali Kamali (Jamali Kamboh), dibina 1526 - 1535 M, Makam Quli Khan, Gandhak ki Baoli, Rajon Ki Baoli, a stepwell, dan Madhi Masjid.[4] Selain itu, ia menempatkan monumen Jahaz Mahal, Zafar Mahal yang dibina Bahadur Shah II (atau Lal Mahal), Hauz-i-Shamsi dan Makam Adham Khan. Tiang dan beberapa tinggalan kuil lama juga ada di taman ini.[5]

Pembangunan semula dan pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Taman Bunga Ros, Taman Arkeologi Mehrauli

Pembangunan semual kawasan ini sebagai sebuah taman arkeologi dan pemuliharaan struktur penting telah bermula pada 1997, dengan kerjasama antara Perbadanan Pembangunan Pengangkutan dan Pelancongan Delhi (DTTDC), Jabatan Arkeologi Negeri, Badan Berkuasa Pembangunan Delhi (DDA) dan Yayasan Warisan Seni dan Budaya Negara India (INTACH), yang memulakan pendokumentasian tersusun mengenai struktur di kawasan ini dan mula mengendalikan jejak sejarah sejak 2000.[1][6]

Saban tahun, INTACH menyelenggara lebih kurang 40 buah monumen di taman ini dan menambah papan tanda, laluan jejak sejarah dan penanda jejak batu tanah.[3]

Monumen dan struktur terkenal[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "A successful conservation story". The Hindu. 9 Feb 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2004. Dicapai pada 27 Jan 2012.
  2. ^ "Years of neglect and many talks later, Mehrauli park will get a touch-up". Indian Express. 30 Dec 2010. Dicapai pada 27 Jan 2013.[pautan mati kekal]
  3. ^ a b "Discover new treasures around Qutab". The Hindu. 28 Mar 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 August 2007. Dicapai pada 19 Feb 2013..
  4. ^ Half Day Itinerary Delhi Tourism.
  5. ^ Mukherjee, Himadri. (2021, April 28). Mehrauli Archaeological Park. World History Encyclopedia. Retrieved from https://www.worldhistory.org/article/1736/mehrauli-archaeological-park/.
  6. ^ "Unkempt and uncared for". The Hindu. 12 January 2013. Dicapai pada 27 Jan 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]