Taman Asuhan Tunas Islam atau TASTI merupakan sebuah pusat jagaan kanak-kanak milik Parti Islam Se-Malaysia. Ia dikelola oleh Jabatan Pembangunan Keluarga, sebuah jabatan di bawah Dewan Muslimat PAS Malaysia. TASTI menempatkan bayi berusia 2 bulan hingga 3 tahun, dibangunkan sebagai sistem sokongan utama untuk ibu bapa bekerjaya memastikan cahaya mata mereka mendapat pendidikan awal kanak-kanak berteraskan Islam sebelum diasuh di peringkat pra sekolah.
Cetusan untuk menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak ini merupakan usul yang dipersetujui sebulat suara oleh para perwakilan semasa Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, ia mula beroperasi pada tahun 2016. Negeri Kedah dipilih sebagai negeri perintis untuk TASTI.[1]
Perlis Pesuruhjaya: Mohd Shukri Ramli Ketua Ulamak: Idris Yaacob
Ketua Pemuda: Asrul Aimran Abd Jalil
Ketua Muslimat: Nor Shahirah Mat Salleh
Pulau Pinang Pesuruhjaya: Muhammad Fauzi Yusoff Ketua Ulamak: Ahmad Tajudin Abu Bakar
Ketua Pemuda: Muhammad Fawwaz Mohamad Jan
Ketua Muslimat: Maziah Khamis