Taman Awam Lagun Kuala Ibai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taman Awam Lagun Kuala Ibai merupakan sebuah taman awam dan rekreasi yang terletak bersebelahan dengan Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung). Taman Awam Lagun Kuala Ibai mempunyai keluasan seluas 48 hektar.

Taman Awam Lagun Kuala Ibai ini merupakan teluk sungai Ibai dan mempunyai beberapa aliran sungai berhampiran kerana itu kawasan ini memang kawasan utama untuk kaki pancing. Malah kita akan ternampak bot-bot nelayan tersadai disini. Pada waktu lewat petang kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai untuk belbagai aktiviti terutamanya kanak-kanak yang mandi-manda kerana kawasan ini kurang berbahaya, lebih-lebih lagi apabila air sungai ini surut.

Taman Awam Lagun Kuala Ibai telah mejalani kerja-kerja membaik pulih dan menyiapkan Taman Awam Lagun Kuala Ibai yang terbengkalai sejak 2008. Kerja-kerja membaik pulih Taman Awam Lagun Kuala Ibai mendapat peruntukan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Landskap Negara sebanyak RM10 juta.[1]

Fasa pertama projek tersebut mendapat peruntukan sebanyak RM8 juta menakala fasa kedua sebanyak RM2 juta yang bermula tahun 2006 dan terpaksa dihentikan pada tahun 2008 kerana masalah kontraktor.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]