Taman Botani Negara Shah Alam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Taman Botani Negara Shah Alam
Shah Alam National Botanical Park, the sculpture of Titan Arum.jpg
Mercu tanda TBNSA
JenisTaman botani negara
LokasiShah Alam, Selangor
Koordinat3°05′46″N 101°30′40″E / 3.0961469°N 101.5110537°E / 3.0961469; 101.5110537Koordinat: 3°05′46″N 101°30′40″E / 3.0961469°N 101.5110537°E / 3.0961469; 101.5110537
Keluasan817 hektar
Dibangunkan
24 April 1986
Pelawat383,329 (2016)
Laman sesawang
http://www.tbnsa.gov.my/
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Panjang jambatan gantung ini lebih kurang 20 meter

Taman Botani Negara Shah Alam (Bahasa Inggeris: National Botanic Gardens Shah Alam) adalah sebuah taman botani yang beroperasi dengan MOA. Lokasinya terletak di Seksyen U11, Shah Alam, Selangor, meliputi kawasan seluas 817 hektar dan merupakan taman botani terbesar di dunia. [1]

TBNSA merupakan sebuah pusat pemuliharaan flora dan fauna di Malaysia. Terdapat 422 spesies flora boleh dijumpai di TBNSA, 31 spesies daripadanya adalah endemik di Semenanjung Malaysia manakala 20 spesies lagi tersenarai sebagai spesies terancam.

Selain itu, TBNSA juga merupakan satu lokasi yang sesuai bagi menjalankan program Pendidikan Botanikal. Program ini terbuka kepada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah dan menengah untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan alam semula jadi. Pelajar dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta juga diberi peluang untuk menjalani latihan praktikal di TBNSA.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) telah dibangunkan pada 24 April 1986, dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah. Pada tahun 1991, nama tersebut ditukar kepada Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Sejak tahun 2007, TBNSA telah dinamakan sebagai Taman Botani Negara Shah Alam sampai sekarang.[2]

Visi & Misi[sunting | sunting sumber]

Tujuan penubuhan TBNSA adalah menyediakan satu pusat pendidikan saintifik kebangsaan dan pemuliharaan sumber untuk botani, hortikultur, florikultur, dan pelbagai bidang berkaitan di Malaysia. Taman Botani juga berperanan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai tumbuh-tumbuhan di Malaysia. [3]

Objektif & Fungsi[sunting | sunting sumber]

  • Sebagai pusat pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan bagi pembangunan botani, hortikultur, pertanian serta bidang lain yang berkaitan.
  • Sebagai pusat pendidikan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai peranan tumbuh-tumbahan dan sumber hutan.
  • Sebagai pusat mendokumentasi, melindungi, pelihara dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan asli yang jarang dijumpai, terancam dan bernilai di Malaysia.
  • Untuk meningkatkan kesedaran supaya menghargai sumber tumbuh-tumbuhan di Malaysia.
  • Menjadi salah satu pusat rekreasi yang berkonsepkan alam semula jadi kepada masyarakat. [4]

Tarikan[sunting | sunting sumber]

Taman & Kebun[sunting | sunting sumber]

  • Taman Haiwan
  • Taman Hiasan
  • Rumah Iklim Sederhana Empat Musim
  • Taman Rempah Ratus & Pelbagai Minuman
  • Taman Kaktus
  • Taman Buah-buahan Tropika
  • Taman Padi
  • Taman Konservasi Herba & Tumbuhan Ubatan

Empangan / Tasik[sunting | sunting sumber]

  • Empangan Sungai Baru
  • Empangan Air Kuning
  • Terowong Misteri
  • Kolam C

Kampung & Chalet[sunting | sunting sumber]

  • Kampung Idaman
    • Rumah Perlis
    • Rumah Kedah
    • Rumah Pulau Pinang
    • Rumah Perak
    • Rumah Negeri Sembilan
    • Rumah Melaka
    • Rumah Johor
    • Rumah Pahang
    • Rumah Terengganu
    • Rumah Kelantan
  • Perkampungan Budaya
  • Camar Rimba

Bunga ulam raja yang mekar di Taman Malaysia
Taman Padi bersebelahan dengan Taman Malaysia

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM)[sunting | sunting sumber]

Pelawat berpeluang merasai suasana empat musim di RISEM. Terdapat 20 jenis tumbuhan import dari negara beriklim sederhana, ditanam dalam bangunan RISEM. Musim di RISEM akan berubah setiap tiga bulan:

  • Musim bunga - bulan Mac hingga Mei
  • Musim panas - bulan Jun hingga Ogos
  • Musim luruh - bulan September hingga November
  • Musim salji - bulan Disember hingga Februari

Sejak bencana ribut pada bulan Mac 2019, RISEM ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan pemulihan tumbuhan

Waktu operasi[sunting | sunting sumber]

TBNSA membuka kepada pelawat (tutup pada hari Isnin), daripada 7.30 pagi sehingga 4.30 petang. Walaubagaimanapun, ia akan buka seperti biasa pada hari Isnin jika cuti sekolah atau cuti awam jatuh pada hari Isnin.

Waktu operasi TBNSA[sunting | sunting sumber]

Kawasan Selasa - Ahad Isnin
Kawasan TBNSA 7.30 pagi hingga 4.30 petang * Taman akan ditutup pada hari Isnin kecuali cuti sekolah atau kelepasan am
Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM)
(Ditutup sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan pemulihan tumbuhan)
7.30 pagi hingga 4.30 petang
Kaunter tiket & kaunter bayaran 7.30 pagi hingga 4.30 petang
Bas

Selasa hingga Ahad:

  • 7.30 pagi hingga to 4.30 petang

Jumaat:

  • 7.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
  • 2.45 petang hingga 4.30 petang

Kadar bayaran[sunting | sunting sumber]

Caj konservasi (Wajib)[sunting | sunting sumber]

Kategori pelawat Bayaran setiap pelawat
Dewasa (12 hingga 54 tahun) RM 3.00
Kanak-Kanak (6 hingga 11 tahun) RM 1.00
Warga Emas ( 55 tahun ke atas) RM 1.00
Pelawat berumur 6 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) Masuk percuma

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM)[sunting | sunting sumber]

Kategori pelawat Musim lain Musim salji
Dewasa (12 tahun dan ke atas ) RM 3.00 RM 5.00
Kanak-Kanak (4 hingga 11 tahun) RM 1.00 RM 3.00
Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) Masuk percuma [5]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Taman Botani Negara Shah Alam,
Bukit Cahaya Seri Alam,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. [6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Latar Belakang". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 27 March 2020.
  2. ^ "Sejarah". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 27 March 2020.
  3. ^ "Visi & Misi". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 28 March 2020.
  4. ^ "Objektif & Fungsi". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 28 March 2020.
  5. ^ "Bayaran". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 27 March 2020.
  6. ^ "Hubungi Kami". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 27 March 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]