Pergi ke kandungan

Taman Bukit Kuchai

Koordinat: 3°03′18″N 101°37′45″E / 3.055131°N 101.6290721°E / 3.055131; 101.6290721
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Bukit Kuchai
Koordinat: 3°03′18″N 101°37′45″E / 3.055131°N 101.6290721°E / 3.055131; 101.6290721
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahPetaling
MukimPetaling
Kawasan parlimenPuchong
Kawasan negeriKinrara
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Bandaraya Subang Jaya
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tidak digunapakai)
Poskod
47190
Kod kawasan+603
Plat pendaftaran kenderaanB

Taman Bukit Kuchai merupakan kawasan perumahan di Daerah Petaling, Selangor, Malaysia. Secara pentadbiran, Taman Bukit Kuchai merupakan sebuah kawasan petempatan yang terletak di dalam Mukim Petaling, iaitu satu daripada empat mukim dalam Daerah Petaling.[1][2] Poskod bagi Taman Bukit Kuchai ialah 47190 Puchong.[3]

Taman Bukit Kuchai merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di negeri Selangor. Kedudukan Taman Bukit Kuchai dalam Daerah Petaling boleh diinterpretasikan terletak di bahagian tenggara daerah tersebut manakala dalam Mukim Petaling pula, Taman Bukit Kuchai terletak di bahagian utara. Taman Bukit Kuchai juga merupakan salah satu petempatan yang membentuk Pekan Kinrara. Antara petempatan yang terletak serantau dengannya ialah kawasan Jalan Merbuk, Jalan Helang dan Jalan Enggang dalam Bandar Puchong Jaya di bahagian barat laut, Taman Perindustrian Kinrara, Taman Kandan Baru, Taman Kandan Lama dan Taman Kinrara Seksyen 3 di bahagian utara, Taman Kinrara Seksyen 2 di bahagian timur laut, Taman Kinrara Seksyen 7 dan TUDM Kinrara di bahagian timur, Seksyen 2 kepada Bandar Kinrara di bahagian tenggara, Seksyen 3 kepada Bandar Kinrara di bahagian selatan dan Taman Tenaga dan Taman Aman Sari di bahagian barat.[1] Taman Bukit Kuchai mempunyai poskod tersendiri iaitu 47190 dalam daerah pos Puchong.[3]

Dari perspektif politik pula, kawasan perumahan Taman Bukit Kuchai mencakupi kawasan parlimen Puchong di Parlimen Malaysia. Dalam Dewan Negeri Selangor pula, Taman Bukit Kuchai terletak di dalam kawasan negeri Kinrara.[4]

Taman Bukit Kuchai dihubungkan dengan komuniti luar dengan Jalan Puchong (Jalan Negeri B11). Jalan Puchong menyambungkan Jalan Klang Lama (sebahagian daripada jajaran Jalan Persekutuan 2) di bahagian timur laut berdekatan dengan Kampung Petaling Bahagia di Kuala Lumpur dengan Lebuhraya Damansara-Puchong di bahagian barat daya di Bandar Puchong Jaya.[1]

  1. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Selangor Darul Ehsan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 12 Disember 2023.
  3. ^ a b "Taman Bukit Kuchai, Puchong". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
  4. ^ "Peta Parlimen dan DUN Malaysia (2020 - Sekarang) oleh Tindak Malaysia". Tindak Malaysia. 5 Mac 2024. Dicapai pada 5 Mac 2024.