Taman Bukit Maluri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Bukit Maluri
Taman Bukit Maluri
Permandangan udara Taman Bukit Maluri
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 3°12′07″N 101°37′56″E / 3.2019232°N 101.6322593°E / 3.2019232; 101.6322593Koordinat: 3°12′07″N 101°37′56″E / 3.2019232°N 101.6322593°E / 3.2019232; 101.6322593
NegaraMalaysia
Wilayah PersekutuanKuala Lumpur
MukimBatu
Kawasan parlimenSegambut
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanDewan Bandaraya Kuala Lumpur
 • Ahli ParlimenHannah Yeoh
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tidak digunapakai)
Poskod
52100
Kod kawasan603

Taman Bukit Maluri (Jawi: تامن بوكيت مالوري; Cina: 武吉马鲁里花园) merupakan kawasan perumahan dalam kawasan bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia. Secara pentadbirannya, Taman Bukit Maluri merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Batu, iaitu satu daripada tujuh mukim dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.[1][2] Poskod bagi Taman Bukit Maluri ialah 52100 Kuala Lumpur.[3]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Taman Bukit Maluri merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di Kuala Lumpur. Taman Bukit Maluri terletak di bahagian barat laut Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdekatan dengan sempadan negeri Selangor. Antara petempatan yang serantau dengan Taman Bukit Maluri ialah Taman Kepong dan Taman Desa Jaya di bahagian utara, Kepong Baru di bahagian timur, Bandar Menjalara di bahagian selatan, dan Bandar Sri Damansara di bahagian barat.[1][2] Taman Bukit Maluri mempunyai poskod tersendiri iaitu 52100 dalam daerah pos Kuala Lumpur.[3][4]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan awam[sunting | sunting sumber]

Bas pengantara MRT T108 di Hentian MRT Sri Damansara Sentral Pintu A, Selangor.
Bas Rapid KL laluan 801 di Bandar Utama

Taman Bukit Maluri dihubungkan dengan dua rangkaian pengangkutan awam iaitu bas dan kereta api. Stesen MRT Sri Damansara Timur dalam perkhidmatan Laluan Putrajaya (PYL) merupakan stesen transit aliran deras (MRT) yang terletak di bahagian utara Taman Bukit Maluri. Selain itu juga, perkhidmatan KTM Komuter Laluan Port Klang yang menganjur dari Tanjung Malim ke Pelabuhan Klang turut melewati di bahagian utara dan timur laut Taman Bukit Maluri. Terdapat dua stesen KTM Komuter yang berhampiran dengan Taman Bukit Maluri, yang pertama ialah Kepong Sentral dan yang kedua ialah Kepong.[1][2]

Di samping itu juga, perkhidmatan bas Rapid KL dan Selangor Omnibus turut berkhidmat di kawasan Taman Bukit Maluri bagi meningkatkan darjah ketersampaian. Bas Rapid KL laluan 801 iaitu dari Metro Prima ke Hentian Bandar Utama di Bandar Utama, Petaling Jaya juga berkhidmat di Taman Bukit Maluri iaitu di sekitar Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2).[5] Seterusnya, bas pengantara MRT (MRT feeder bus) juga berkhidmat di Taman Bukit Maluri. Laluan bas pengantara MRT T108 iaitu dari Stesen MRT Sri Damansara Sentral akan menuju ke kejiranan di sekitar Bandar Menjalara dan Taman Bukit Maluri bagi menyediakan kesalinghubungan batuan pertama dan akhir bagi penduduk sekitar.[6][7]

Bagi perkhidmatan bas Selangor Omnibus atau dikenali sebaga Selangor Bus, ia hanya berkhidmat di sekitar Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur sahaja. Terdapat tiga laluan bas Selangor Omnibus yang melalui jalan tersebut iaitu laluan 100 dari Terminal Bas Bandar Malawati di Daerah Kuala Selangor menuju ke Hab Lebuh Pudu dan laluan 103 iaitu dari Damansara Damai, Petaling Jaya menuju ke Hab Lebuh Pudu.[8][9] Manakala laluan ketiga Selangor Omnibus ialah laluan 107 iaitu dari Teminal Bestari Jaya, Bestari Jaya (Batang Berjuntai) menuju ke Hab Lebuh Pudu.[10]

Berikut ialah senarai hentian bas yang terdapat di Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur.[5][6][8][9][10]

Kod Nama hentian bas Lokasi Perkhidmatan bas
PJ593 Taman Bukit Maluri (Selatan) MRR2 100, 103, 107, 801
PJ594 Taman Bukit Maluri (Utara) MRR2 100, 103, 107, 801
PJ595 Taman Bukit Maluri (Utara) MRR2 100, 103, 107, 801
PJ636 Taman Bukit Maluri (Selatan) MRR2 100, 103, 107, 801
KL551 Taman Bukit Maluri (Selatan) Jalan Burung Hantu T108
KL552 Komersial Taman Bukit Maluri Jalan Burung Hantu T108
KL553 SMK Taman Bukit Maluri (Timur) Jalan Burung Hantu T108
KL554 SMK Taman Bukit Maluri (Utara) Jalan Burung Kasawari T108
KL556 Taman Bukit Maluri (Utara) Jalan Burung Kasawari T108
KL557 Taman Bukit Maluri (Barat) Jalan Burung Kasawari T108
KL558 SMKA Kuala Lumpur Jalan Burung Kasawari T108

Jalan raya[sunting | sunting sumber]

Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (Laluan Persekutuan 28; MRR2) terletak di bahagian barat laut Taman Bukit Maluri yang dimana menjadi sempadan antara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan Selangor. Jalan Taman Bukit Maluri (atau Jalan 16/37B) yang bermula di simpang MMR2 dekat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMKA) Kuala Lumpur dan tamat di simpang empat Jalan Lang Emas, Jalan Burung Hantu dan Jalan 1/62B merupakan jalan raya masuk utama ke Taman Bukit Maluri.[1] Jalan Burung Jentayu dan Jalan Burung Kasawari merupakan tempat di mana bas pengantara MRT T108 berkhidmat.[6][7]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  2. ^ a b c Penyumbang OpenStreetMap (11 Disember 2023). "Taman Bukit Maluri" (dalam bahasa Inggeris). OpenStreetMap. Dicapai pada 11 Disember 2023.
  3. ^ a b "Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
  4. ^ Buku panduan sistem poskod kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia. 1985. Dicapai pada 11 Disember 2023 – melalui Google Books.
  5. ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk | 801". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 June 2022. Dicapai pada 27 June 2022.
  6. ^ a b c "MyRapid - Bus Kiosk | T108". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 June 2022. Dicapai pada 27 June 2022.
  7. ^ a b Rapid KL (21 Oktober 2022). "Informasi Perjalanan – Perkhidmatan Bas Pengantaran MRT Laluan T108". Facebook. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2023. Dicapai pada 11 Disember 2023.
  8. ^ a b "Laluan 100: Jadual Waktu, Hentian dan Peta - Hab Lebuh Pudu ⇌ Kuala Selangor". Moovit. 11 Disember 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2023. Dicapai pada 11 Disember 2023.
  9. ^ a b "Laluan 103: Jadual Waktu, Hentian dan Peta - Hab Lebuh Pudu ⇌ Damansara Damai". Moovit. 11 Disember 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2023. Dicapai pada 11 Disember 2023.
  10. ^ a b "Laluan 107: Jadual Waktu, Hentian dan Peta - Bestari Jaya ⇌ Hab Lebuh Pudu". Moovit. 11 Disember 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2023. Dicapai pada 11 Disember 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]