Taman Bukit Widuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taman Bukit Widuri terletak di Bukit Beruntung,hulu Selangor,Selangor,Malaysia. Taman itu siap pada 2001 dan tidak berhadapan dengan masalah hutang dengan Syabas.

Tiada bekalan air[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Julai 2009, penduduk mengeluh dengan tindakan pemaju dan Syabas yang tidak dapat membekalkan air ke rumah mereka di Taman Bukit Widuri. Mereka terpaksa mengambil bekalan air dari lombong berhampiran untuk kegunaan harian .

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menyalahkan pemaju perumahan . Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som, menyalahkan pihak pemaju taman perumahan itu kerana gagal menyediakan sistem perpaipan sempurna bagi membolehkan mereka menyalurkan bekalan air tetap ke situ.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]