Taman Burung Kuala Lumpur
| Taman Burung Kuala Lumpur | |
|---|---|
![]() Logo Taman Burung Kuala Lumpur yang menampilkan burung Enggang sebagai logo rasmi. | |
Pemandangan dari barat menuju ke pusat bandar | |
![]() | |
| 3°08′33″N 101°41′18″E / 3.1424337°N 101.6884661°E | |
| Tarikh dibuka | 15 November 1991[1] |
| Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Keluasan tanah | 20.9 ekar (8.5 he)[2] |
| Bil. haiwan | 3,000[2] |
| Bil. spesies | 200[2] |
| Pelawat tahunan | 200,000 |
| Tapaksesawang | www.klbirdpark.com |
Taman Burung Kuala Lumpur ialah sebuah taman burung terletak berhampiran dengan Tasik Perdana di Kuala Lumpur negara Malaysia. Ia berukuran 20.9 ekar (8.5 ha). Ia terletak Di sekitar kawasan ini terdapat pelbagai pusat pelancongan lain seperti Taman Rama-Rama, Masjid Negara, Taman Bunga Raya, Balai Peringatan Tun Abdul Razak, Planetarium Negara dan lain-lain.
Taman Burung ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali pada 15 November 1991. Ia diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Taman burung ini merupakan sebuah taman sari burung dan taman tropika khas untuk pencinta-pencinta alam. Taman burung ini dikatakan sebuah taman burung yang terbesar di rantau Asia Tenggara dengan merangkumi kawasan lembah menghijau seluas 20.9 ekar.[perlu rujukan]
Buat pertama kalinya di Malaysia, para penggemar burung berpeluang memerhatikan lebih kurang 3,000 ekor burung dari berbagai spesis berterbangan bebas di dalam suasana taman hampir semula jadi.[perlu rujukan] Terdapat burung-burung enggang, bangau, ranggung, nuri, serindit, kuang, kakaktua, punai, merpati, ruak-ruak dan langling, itik-itik dan flamingo serta pelbagai spesies burung yang berasal dari Malaysia dan negara seperti Australia, New Guinea, Thailand, Indonesia, Tanzania, China dan Belanda mendiami taman burung ini.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]
Taman Burung ialah sebahagian daripada kawasan di dalam Tasik Perdana Kuala Lumpur dengan keluasan yang diperuntukkan baginya sebanyak 60 hektar (150 ekar), yang telah ditubuhkan pada tahun 1888. Selain daripada 20.9 ekar (8.5 hektar) taman burung, yang diwujudkan pada tahun 1991, taman-taman termasuk tasik buatan, Tugu Negara, Taman rama-rama Kuala Lumpur, Taman rusa, Orchid Hibiscus dan taman-taman, dan bekas Bangunan Parlimen Malaysia.[1] Ia merupakan salah satu taman burung dilindungi terbesar di dunia.[3]
Aktiviti
[sunting | sunting sumber]Memerhati burung adalah aktiviti biasa di sini di mana flora dan fauna yang kaya. Taman Burung Kuala Lumpur telah memperoleh reputasi di kalangan mereka yang berminat kepada kajian burung di habitat semula jadi mereka. Sesetengah daripada mereka termasuk ahli-ahli sains penyelidikan yang memantau sarang burung untuk kajian pola tingkah laku. [1]
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Taman Burung Kuala Lumpur dihubungkan dengan beberapa rangkaian pengangkutan awam seperti bas tempatan dan kereta api komuter. Stesen kereta api yang terhampir ialah stesen keretapi Kuala Lumpur yang mana menyediakan perkhidmatan KTM Komuter yang menuju ke Pelabuhan Klang atau Tanjung Malim (Laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang) dan Batu Caves atau Pulau Sebang/Tampin (Laluan Batu Caves–Pulau Sebang).[4] Perkhidmatan bas bandar raya GO KL laluan 03 berkhidmat di sepanjang Jalan Sultan Hishamuddin. Bas Intrakota laluan 21C dan 48C dari Kota Raya dan laluan 18 dan 21A dari Chow Kit pernah berkhidmat di sini, sebelum syarikat pengangkutan bas itu dibubarkan.[4]
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Anak ayam di pusat pendidikan
-
Waktu memberi makan untuk lorikeet Pelangi dan lori merah
-
Potongan betik untuk burung
-
Loriket pelangi di Taman Burung KL
-
Burung botak upih sedang berjalan-jalan
-
Memberi makan betik untuk burung
-
Burung merak di taman
-
Bangau di Taman Burung KL, Kuala Lumpur, Malaysia.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "KL Bird Park". malaysiasite.nl. WINT. Dicapai pada 3 April 2011.
- ^ a b c "About Us". klbirdpark.com. Kuala Lumpur Bird Park. Dicapai pada 3 April 2011.
- ^ url|http://books.google.com.my/books?id=pR4ZZ6Y3kHcC&pg=PA74&dq=lake+gardens+national++monument&hl=en&ei=EZ1vTe_xBYjLrQfC6vz9Dg&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CCgQ6AEwAA#v=onepage&q=lake%20gardens%20national%20%20monument&f=false
- ^ a b "Getting Here". klbirdpark.com. Kuala Lumpur Bird Park. Dicapai pada 3 April 2011.

