Taman Dasar Laut Sultan Iskandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taman Dasar Laut Sultan Iskandar baru sahaja dirasmikan oleh Sultan Johor pada 28 April 2015. Sultan Johor Sultan Ibrahim merasmikan Taman Dasar Laut Sultan Iskandar itu sempena program Jelajah Pulau Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Johor 2015. Antara tetamu yang hadir adalah Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, pegawai-pegawai daerah dan ketua-ketua jabatan.

Biasanya Pulau Rawa di luar pantai timur Johor menjadi destinasi hinggap dan bermalam bagi Sultan Ibrahim. Baginda bersama rombongan tetamu kenamaan tiba di lokasi perasmian iaitu berdekatan Pulau Mensirip sekitar jam 8 pagi, 28 April 2015. '

Tuanku menyelam kira-kira 8 meter dan meletakkan replika mahkota di atas Jata Negeri Johor yang berada di dasar laut bagi menyempurnakan simbolik perasmian.Sultan Johor bersama Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim ditemani penyelam profesional mula menyelam ke dasar laut sekitar jam 8.05 pagi. Kepakaran Sultan Ibrahim menyelam ke dasar laut turut disaksikan oleh kesemua tetamu kenamaan yang hadir melalui skrin layar gergasi secara langsung.

SeterusnyA Sultan Ibrahim ke Pulau Besar, Johor untuk merasmikan Jeti Pelancongan Pulau Besar seterusnya menyampaikan sumbangan boya penambat dari Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) dan bantuan Majlis Agama Islam Johor.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]