Taman Eko Rimba Tupah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Eko Rimba Tupah
Hutan Lipur Tupah
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
LokasiHutan Simpan Gunung Jerai, Daerah Kuala Muda, Selangor, Malaysia
Bandar terdekatBandar Merbok
Koordinat5°42′57″N 100°26′31″E / 5.7157°N 100.4420°E / 5.7157; 100.4420Koordinat: 5°42′57″N 100°26′31″E / 5.7157°N 100.4420°E / 5.7157; 100.4420
Luas50 hektar
Ditubuhkan1990
Badan pentadbirJabatan Perhutanan Negeri Kedah
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Taman Eko Rimba Tupah (atau Rekreasi Tupah dan Air Terjun Tupah) merupakan satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terletak di Kedah. Taman eko rimba merupakan salah satu destinasi popular di negeri tersebut.[1] Air Terjun Tupah terletak di Hutan Simpan Kekal Gunung Jerai,[2] dalam Daerah Kuala Muda, Kedah,[3] dan dihubungi dengan jalan raya bertar. Taman ini merupakan sejenis hutan dipterokarp pamah. Kemasukan adalah percuma dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Ogos 2021, Taman Eko Rimba Tupah telah menjadi antara salah satu lokasi terjejas akibat tragedi kepala air melibatkan Hutan Simpan Gunung Jerai di Daerah Kuala Muda dan Daerah Yan.[3][4] Akibat dari tragedi itu, Pegawai Hutan Daerah Kedah Tengah, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Mohd Aizat Arippin telah membuat keputusan untuk menutup kawasan ini buat sementara waktu kerana kehadiran pelawat dikhuatiri terdedah kepada risiko kemalangan berikutan terdapat sisa runtuhan di sini. Penutupan ini juga berlaku kepada semua taman eko rimba dan hutan simpan negeri yang terdapat di negeri Kedah; yang juga semasa berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.[5] Selepas dari kejadian itu, Air Terjun Tupah dikatakan lebih lebar dua kali ganda dan jernih, menurut pelancong yang berkelah di situ.[6][7]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Sungai Bujang yang berasal dari Gunung Jerai, mengalir melalui Taman Eko Rimba Tupah, ke Sungai Merbok dan bermuara di Selat Melaka.[8][9]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Taman Eko Rimba Tupah terletak kira-kira 6 kilometer (3.7 bt) dari Bandar Merbok,[8] 14 kilometer (8.7 bt) dari pekan Bedong, 18 kilometer (11.2 bt) dari Sungai Petani,[8] dan 54 kilometer (33.6 bt) dari ibu negeri Kedah, Alor Setar. Selain itu, jalan masuk ke taman eko rimba ini juga, telah diwartakan sebagai jalan negeri berstatus jalan pelancongan dengan kod laluan K165. Ia dapat dicapai dengan mengambil persimpangan K165 dari Jalan Pantai Barat Kedah K1.[10][11]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Pihak berkuasa tempatan (PBT) setemapat iaitu Majlis Perbandaran Sungai Petani telah membina beberapa kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai, chalet dan tapak perkhemahan.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Hutan Lipur Tupah". Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. 2022-03-22. Dicapai pada 2022-03-29.
  2. ^ "Senarai Taman Eko-Rimba dalam Hutan Simpanan Kekal". data.gov.my. Jabatan Perhutanan Semanjung Malaysia. Dicapai pada 2022-03-29.
  3. ^ a b Zuliaty Zulkiffli (20 Ogos 2021). "18 lokasi fenomena kepala air di Kedah". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  4. ^ Zuliaty Zulkiffli (10 November 2021). "Kepala air: 18 lokasi bahaya di Kedah". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  5. ^ Siti Zubaidah Zakarya (13 Oktober 2021). "Taman Eko Rimba Tupah tidak selamat untuk aktiviti rekreasi". Sinar Harian. Kumpulan Karangkraf. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  6. ^ Siti Zubaidah Zakarya (13 Oktober 2021). "Tupah mula dikunjungi lepas tragedi kepala air". Sinar Harian. Kumpulan Karangkraf. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  7. ^ Othman Yahya (30 Ogos 2021). "Pusat peranginan bertukar 'muda'". Kosmo!. Media Mulia. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  8. ^ a b c Shahriza; S.; J. Ibrahim; Ms Shahrul Anuar (2013). "Amphibian of Tupah Recreational Forest, Merbok, Kedah, Malaysia" (PDF). Malaysian Applied Biology. 42.2 (dalam bahasa Inggeris): 71–75.
  9. ^ "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  10. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  11. ^ "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • "Hutan Lipur Tupah". Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. 2022-03-22. Dicapai pada 2022-03-29.
  • World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187 950. ISBN 983-2192-36-6.