Taman Hidupan Liar Lok Kawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taman Hidupan Liar Lok Kawi merupakan sebuah taman perlindungan yang terletak di Sabah, Malaysia. Taman Hidupan Liar Lok Kawi terletak di Putatan, hanya kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar raya Kota Kinabalu.

Taman Hidupan Liar Lok Kawi yang berkonsepkan dua jenis taman iaitu zoologi dan botani, telah dibuka secara rasmi pada Mac 2007 dengan memiliki keunikan dan keistimewaan sendiri kerana taman seluas 112 hektar itu ditempatkan di kawasan hutan semula jadi iaitu tempat habitat asal haiwan tersebut.

Ia dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang dan kadar bayaran yang dikenakan ialah RM10 untuk dewasa, RM5.00 (kanak-kanak), manakala bagi pelancong asing, dewasa dikenakan RM20 dan kanak-kanak (RM10) (kadar pada tahun 2007).

Bagi Sabah, taman berkenaan berpotensi dijadikan tarikan baru kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara berikutan keunikan haiwan-haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan spesies Borneo yang ditempatkan di situ. Terdapat haiwan yang berasal dari Borneo seperti orang utan, monyet Belanda, gajah terkecil di dunia iaitu gajah Pygmy serta spesies badak yang hampir pupus - Badak Sumbu Sumatera dan sebagainya yang dipamerkan di zoo di situ.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]