Taman Negara Mulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Negara Mulu
IUCN Kategori II (Taman negara)
Gunung Mulu kelihatan dari jarak jauh
Taman Negara Mulu is located in Bumi
Taman Negara Mulu
Taman Negara Mulu (Bumi)
LokasiDaerah Marudi, Bahagian Miri, Sarawak, Malaysia
Luas528.64 km2 (204.11 bt2)
Ditubuhkan1974
Pengendali
  • Perbadanan Perhutanan Sarawak[1]
  • Borsarmulu Park Management Sdn Bhd[2]
Laman sesawangmulupark.com
Nama rasmi
Taman Negara Gunung Mulu
JenisSemula jadi
Kriteriavii, viii, ix, x
Ditetapkan2000 (Sesi ke-24)
No. rujukan
1013
Parti NegeriMalaysia
WilayahAsia-Pasifik
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Pembentukan kars di puncak Gunung Api di Taman Negara Mulu.

Taman Negara Gunung Mulu, atau Taman Negara Mulu yang terletak di sebelah utara negeri Sarawak, merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia, khasnya di Sarawak.

Ia merupakan salah satu kawasan batu kapur yang paling diselidik di dunia. Kawasan taman seluas 52,864-hektar mengandungi tujuh belas zon tumbuhan, menampilkan sekitar 3,500 spesies tumbuhan vaskular. Spesies palm di situ amat kaya dengan 109 spesies dari dua puluh genus telah dijumpai. Taman Negara ini dihiasi oleh Gunung Mulu yang merupakan gunung batu pasir setinggi 2,377 meter. Sekitar 295 km gua yang telah diterokai memberikan pemandangan yang menakjubkan dan turut merupakan gua kediaman kepada berjuta kelawar dan burung Layang-layang. Kamar Sarawak yang seluas 600 meter X 415 m dan setinggi 80 m, ialah kamar gua terbesar di seluruh dunia yang diketahui.

Taman Negara Mulu turut memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropika, Taman Negara Mulu merupakan tempat yang bukan hanya sesuai untuk orang-orang yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan bahkan juga amat sesuai bagi mereka yang menginginkan kegiatan yang lasak.

Taman Negara Mulu boleh dituju melalui pesawat dari Miri dan terus ke Taman Negara Mulu atau bagi mereka yang ingin merasakan kelainan dengan menggunakan jalan lain iaitu dengan menggunakan bot ekspres dari Kuala Baram, Miri ke Marudi dan kemudian ke Taman Negara Mulu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rujukan terawal kepada gua Mulu ialah pada tahun 1858 apabila Spenser St. John (Konsul British di Brunei) menyebut "jisim batu kapur yang terpisah, banyak yang usang air, dengan gua dan terowong semula jadi" dalam bukunya "Life in the Forests of the Far East". Spenser cuba mendaki Gunung Mulu kemudian tetapi gagal kerana tebing batu kapur, hutan tebal dan puncak yang tajam.[3]

Pada abad ke-19, Charles Hose (seorang pentadbir di Raj Sarawak) cuba mendaki Gunung Mulu tetapi gagal. Hanya pada tahun 1920-an, apabila seorang pemburu badak Berawan bernama Tama Nilong menemui rabung barat daya berhampiran gunung yang akhirnya membawa ke puncak. Pada tahun 1932, Tama Nilong mengetuai Edward Shackleton semasa ekspedisi Universiti Oxford ke puncak Gunung Mulu.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mulu National Park". Sarawak Forestry Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2018. Dicapai pada 27 October 2018.
  2. ^ "The team - Park management". Gunung Mulu National Park. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2018. Dicapai pada 27 October 2018.
  3. ^ "Exploration history". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 October 2018. Dicapai pada 28 October 2018.
  4. ^ "Treks and Trails in Mulu". Gunung Mulu National Park. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2018. Dicapai pada 27 October 2018.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Hans P. Hazebroek and Abang Kashim bin Abang Morshidi National Parks of Sarawak, 2000, Perpustakaan Negara Malaysia, ISBN 983-812-032-4
  • David W Gill. "The Gunung Mulu National Park Nomination for World Natural Heritage Listing. Sarawak, Malaysia". 1999. Sarawak Forest Department.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Panduan pelancongan Taman Negara Mulu dari Wikivoyage