Taman Negara Tunku Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taman Negara Tunku Abdul Rahman
تامن نڬارا تونكو عبد الرحمن
IUCN Kategori II (Taman negara)
KKseaisland.jpg
Taman Negara Tunku Abdul Rahman is located in Borneo
Taman Negara Tunku Abdul Rahman
Taman Negara Tunku Abdul Rahman
Lokasi di Borneo
Lokasi Sabah, Malaysia
Bandar raya terdekat Kota Kinabalu
Koordinat 5°58′N 116°0′E / 5.967°N 116.000°E / 5.967; 116.000Koordinat: 5°58′N 116°0′E / 5.967°N 116.000°E / 5.967; 116.000
Luas 49 km²
Ditubuhkan 1974
Badan pentadbir Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Taman Negara Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan kawasan perlindungan hidupan liar yang telah disytiharkan oleh kerajaan Malaysia. Taman ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan di perairan Kota Kinabalu, ibunegeri Sabah.

Taman Negara Tunku Abdul Rahman terdiri daripada sekumpulan lima pulau yang terletak di antara 3 hingga 8 kilometer di luar Kota Kinabalu. Taman ini terbentang sejauh 4,929 hektar serta dua pertiganya meliputi laut. Sebelum munculnya Zaman Ais, ia membentuk sebahagian daripada jisim batu pasir dan batu endapan tanah besar Banjaran Crocker. Walau bagaimanapun, kira-kira satu juta tahun dahulu, pencairan ais telah membawa kepada perubahan paras air laut dan bahagian tanah besar telah dipotong oleh laut untuk membentuk pulau-pulau yang menghasilkan Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Bukti ini boleh dilihat daripada dedahan batu pasir di pinggir laut yang menghasilkan tebing, gua, lubang-lubang dan rekahan yang dalam. Taman ini dinamakan sempena Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Terminal Feri Jesselton Point di pusat bandar Kota Kinabalu merupakan sebuah terminal feri bagi mereka yang menuju ke pulau-pulau di Taman Negara Tunku Abdul Rahman (Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug). Teriminal feri ini juga merupakan titik berlepas bagi pelanggan yang tinggal sama ada di Resort Pulau Manukan atau Resort Gayana.

Pelancong dapat melihat keindahan pantai dan panorama maritim iaitu gugusan pulau yang kekal keindahan alam semula jadinya dan dasar laut kaya dengan terumbu karang. Ia merupakan kawasan sesuai bagi penyelam yang ingin melihat keindahan dasar laut. Para pelancong juga berpeluang mengembara merentasi hutan melalui denai-denai kecil di Pulau Gaya dan Sapi.

Gugusan pulau[sunting | sunting sumber]

Taman Tunku Abdul Rahman meliputi lima buah pulau, iaitu Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, dan Pulau Sulug dengan keluasan keseluruhan 4,929 hektar serta jaraknya dari Kota Kinabalu antara tiga hingga lapan kilometer. Pulau-pulau ini merupakan tempat perlindungan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan termasuk sejenis burung yang paling ganjil iaitu Burung Tambun atau Megapode yang kelihatan seakan-akan seekor ayam tetapi mempunyai kaki yang besar dan mengeluarkan bunyi seperti kucing.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • 1974, Pulau Gaya dan Sapi diwartakan sebagai Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan diikuti Pulau Manukan, Mamutik dan Sulug pada 1979.

Suhu[sunting | sunting sumber]

  • Suhu di taman ini antara 23.8 hingga 29.4 darjah Celsius.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]