Taman Negara Yangmingshan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Taman Negara Yangmingshan
IUCN Kategori II (Taman negara)
MountainDaTun.jpg
Gunung Datun dan Lembah Zhuzihu di kakinya
Ralat Lua pada baris 510 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Yang-Ming-Shan-Naional-Park-Map-Taiwan.png" tidak wujud.
Lokasi Republik China1-20 Jln Zhuzihu, Shilin, Taipei (Biro Pengurusan)
Luas11,338 hektar (113.38 km2)
Ditubuhkan1 September 1985
Pelawat4,675,315   (pada 2016)[1]
Badan pentadbirBiro Pengurusan Taman Negara Yangmingshan, Agensi Pembinaan dan Perancangan
Laman sesawangwww.ymsnp.gov.tw
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Taman Negara Yangmingshan
Cina Tradisional: 陽明山國家公園
Cina Ringkas: 阳明山国家公园

Taman Negara Yangmingshan ialah taman negara ketiga yang ditubuhkan oleh Republik China, terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Pembinaan dan Perancangan, dahulunya dikenali sebagai "Taman Negara Daiton" (1937-1945) yang ditubuhkan oleh kerajaan penjajah Jepun. Letaknya di dalam kawasan pinggiran kawasan metropolitan Taipei, mencakupi daerah-daerah Beitou dan Shilin di Bandaraya Taipei, dan daerah-daerah Wanli, Jinshan, Shimen, Sanzhi, dan Tamsui di Bandaraya Taipei Baru; dari segi geografi, ia tergolong dalam kawasan banjaran gunung berapi Datun. Rancangan Taman Negara Yangmingshan diumumkan pada 1 September 1985, dan pejabat pengurusannya ditubuhkan pada 16 September 1985. Setelah tiga tinjauan menyeluruh, didapati kawasan di bawah bidang kuasanya telah mencapai keluasan 11,338 hektar setakat tahun 2013.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Yangmingshan pada mulanya dipanggil Caoshan (Bahasa Cina: 草山Pe̍h-ōe-jī: Tsháu-suann), merujuk kepada kawasan gunung-gunung Datun, Qixingshan, Shamao, dan Xiaoguanyin, dan bukan hanya mana-mana satu puncak gunung. PadaDinasti Qing, pihak kerajaan khuatir bahawa pihak tidak bertanggungjawab dapat bersembunyi di kawasan hutan untuk mencuri guna sumber belerang sehingga gunung itu dibakar secara berkala, maka seluruh kawasan gunung hanya dibenarkan menanam lalang seperti Miscanthus dan sebagainya.

Pada tahun 1932 sewaktu pemerintahan Jepun, Persatuan Taman Negara Daiton ditubuhkan, dan kawasan Gunung Datun pun termasuk dalam lingkungan taman negara. Pada 27 Disember 1937, Taman Negara Daiton ditubuhkan pada masa yang sama dengan dua taman negara yang lain iaitu Taroko dan Alishan, beroperasi sehingga Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia II pada tahun 1945.

Setelah kerajaan Kuomintang mengambil alih Taiwan, pada tahun 1950, Presiden Chiang Kai-shek, sempena memperingati ahli fikir Dinasti Ming yang bernama Wang Yangming, menukar nama kawasan Caoshan yang mencakupi gunung-gunung Datun, Qixingshan, Shamao, dan Xiaoguanyin, kepada Yangmingshan. Pada tahun 1962, Biro Kerja Raya Provinsi Taiwan ketika itu mula merancang kawasan taman negara seluas 28,400 hektar, termasuk Pantai Utara, Gunung Guanyin dan Banjaran Gunung Berapi Datun.

Pada 16 September 1985, setelah bertahun-tahun merancang dan menyelesaikan pertikaian sumber daya tanah, akhirnya Taman Negara Yangmingshan ditubuhkan secara rasmi. Kawasan lingkungannya tertumpu di pusat Banjaran Gunung Berapi Datun, tidak termasuk Gunung Guanyin dan Pantai Utara yang pernah dicakupi dari zaman penjajahan Jepun dan perancangan awal. Pada 17 Oktober 2002, Kawasan Pemandangan Negara Pantai Utara dan Gunung Guanyin dirancang secara berasingan oleh Biro Pelancongan Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "遊憩據點遊客人數統計". 陽明山國家公園管理處. Dicapai pada 2015-02-10.
  2. ^ "陽明山國家公園計畫(第三次通盤檢討)計畫書" (PDF). 內政部. 2013-07. Check date values in: |date= (bantuan)