Taman Rekreasi Tasik Melati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tasik Melati ialah sebuah tasik yang kecil dengan airnya yang cetek. Lebih daripada 150 buah pulau beting pasir boleh dilihat bertaburan di tasik ini. Siarkaki telah dibina merintangi tasik ini untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik. Di sepanjang siarkaki ini juga disediakan tempat beristirahat.

Tasik Melati terletak di utara Kangar, Perlis, Malaysia. Ia ialah sebuah tasik yang kecil tetapi indah. Ia mendapat namanya melalui bunga teratai yang terapung-apung di atas air.

Tasik buatan manusia ini menjadi kesukaan orang ramai untuk berkelah, dan juga agak sesuai untuk menenangkan fikiran.