Taman Sinar Harapan Cheras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taman Sinar Harapan Cheras merupakan salah satu Taman Sinar Harapan yang disediakan oleh kerajaan di Malaysia yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

Perkhidmatan ini terbuka kepada Orang Kurang Upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan disyorkan oleh pegawai perubatan atau pakar perubatan. Ia terbuka kepada warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.

Taman Sinar Harapan Cheras menawarkan latihan bagi orang kurang upaya yang berusia antara 14 -25 tahun bagi kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan.Hanya orang kurang upaya yang boleh dilatih diterima masuk untuk latihan di sini. Mereka juga perlu bebas dari sebarang penyakit berjangkit.

Objektif Taman Sinar Harapan[sunting | sunting sumber]

  • Memberi jagaan , perlindungan dan pemulihan kepada Orang Kurang Upaya bermasalah Pembelajaran yang terbiar, yatim piatu, tidak mempunyai penjaga dan yang memerlukan latihan pemulihan.
  • Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan orang lain.
  • Memberi latihan pra – vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari.
  • Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul dengan kawan –kawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti –aktiviti sosial dan sebagainya.
  • Memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkan kerjasama dari badan –badan sukarela bagi tujuan integrasi dengan masyarakat.

Hubungan[sunting | sunting sumber]

Taman Sinar harapan terletak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan maklumat lanjut boleh di dapati di:-