Taman Tasik Titiwangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Tasik Titiwangsa
Titiwangsa Lake Park
Map
JenisTaman Bandar
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°10′41.1″N 101°42′27.7″E / 3.178083°N 101.707694°E / 3.178083; 101.707694Koordinat: 3°10′41.1″N 101°42′27.7″E / 3.178083°N 101.707694°E / 3.178083; 101.707694
Keluasan46.13 hektar
Dibuka pada
1980
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Taman Tasik Titiwangsa.
Taman Tasik Titiwangsa.

Taman Tasik Titiwangsa (bahasa Inggeris: Titiwangsa Lake Park )

Pemandangan Taman Tasik Titiwangsa.
Taman kanak-kanak di Tasik Titiwangsa.

Taman Tasik Titiwangsa yang terletak di Jalan Kuantan merupakan sebuah kawasan riadah yang terletak di timur laut Kuala Lumpur, Malaysia. Ia mempunyai sebuah taman di tepi tasik dan mempunyai kemudahan sampan kayuh, kayak, taman permainan kanak-kanak, padang permainan lalu lintas, menunggang kuda dan pancutan air berirama. Terdapat juga gelanggang tenis, kompleks sukan, dewan skuasy dan lain-lain kemudahan sukan.

Taman Tasik Titiwangsa mempunyai keluasan iaitu 46.13 hektar atau 114 ekar yang terletak 3 km dari pusat bandar dan dibuka dengan rasminya pada 1 Februari 1980, sebelumnya dinamakan Taman Jalan Kuantan. Nama Taman Tasik Titiwangsa dipilih memandangkan Titiwangsa adalah banjaran gunung yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Nama tersebut dirasakan sesuai kerana pemandangan tanah datar kawasan taman itu serta kehijauannya menggambarkan suasana pemandangan dan iklim banjaran gunung tersebut. Kerja-kerja membinanya telah bermula pada tahun 1975 dan akan dilengkapkan dengan berbagai kemudahan sukan seperti kolam renang, gelanggang tenis, rumah kelab, padang permainan dan lain-lain. Pengisytiharan ini dibuat bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-6. Pelbagai acara sukan, kebudayaan dan pameran diadakan sempena sambutan ini sama ada di taman itu sendiri atau pun di tempat-tempat lain di Wilayah Persekutuan. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Yaakub Latiff yang turut hadir berharap Taman Tasik Titiwangsa menjadi kemegahan Kuala Lumpur dan dapat memenuhi keperluan para penduduk di sekitarnya seperti di Ulu Kelang, Datuk Keramat, Kampung Bharu, Jalan Pekeliling, Jalan Pahang, Sentul, Setapak, Gombak dan Batu Caves. Sementara itu Perdana Menteri berkata dengan nama yang baik akan tercapailah hasrat dan cita-cita kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar dalam taman. Dengan adanya Taman Tasik Titiwangsa ini masyarakat Kuala Lumpur tidak lagi akan tertumpu di satu-satu taman sahaja untuk beristirehat pada hujung minggu dan musim cuti. Kawasan ini merupakan kawasan yang semulajadi di mana terdapat kolam bekas lombong dan kawasan lapang yang kini di tanam pokok-pokok bunga dan pokok-pokok rendang.[1]

Pada tahun 2019 taman ini telah dinaiktaraf sepenuhnya dengan menerapkan pelbagai elemen yang bersesuaian untuk warga kota datang beriadah. Taman ini juga menjadi ikon utama yang mesti dikunjungi para pelancong dari dalam dan luar negara jika berada di Kuala Lumpur. Kemudahan baru yang ditambah adalah Taman Air Kanak-Kanak, Kanopi Banjaran Titiwangsa dan Laman Kerawang (Taman Maze).

Selain daripada aktiviti riadah dan rekreasi, Taman Tasik Titiwangsa juga menjadi pilihan lokasi bagi jurugambar untuk ‘outdoor shooting’ kerana pemandangannya sangat tenang dan cantik dengan berlatar belakangkan bangunan pencakar langit.

Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi.

Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.[2]