Taman Tema Bahasa Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taman Tema Bahasa Inggeris (ETP) atau 'English Theme Park' terletak di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tok Jiring , Kuala Terengganu, Terengganu. ETP dibina dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu dengan syarikat petroleum ExxonMobil cawangan Terengganu.

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Tujuannya untuk memudahkan generasi muda Terengganu membina diri, berkomunikasi, berkomuniti dan berinovasi dalam menangani isu penguasaan Bahasa Inggeris.Ia sangat penting demi pembinaan modal insan untuk masa depan penduduk Terengganu.

Aktiviti pembelajaran[sunting | sunting sumber]

Pelbagai aktiviti diadakan seperti Klinik Bahasa Inggeris, Bercerita, Kelas Drama, Online Pen pal, Art Attack, Book Talk, Klinik IT selain pembangunan dan infrasruktur Bahasa Inggeris yang diwujudkan melalui projek Terowong ETP, ETP Mini Zoo, ETP Kiosk, ETP Bistro dan ETP Memory Lane.

Pengurus Perhubungan Awam ExxonMobil Farid Jaafar berkata ETP Tok Jiring merupakan kemudahan kedua dibina dengan peruntukan ExxonMobil selepas ETP di Kemasik, Kemaman pada tahun 2003 yang menelan belanja RM350,000. Lebih 50,000 pelajar dari 59 buah sekolah rendah di sekitar Kuala Terengganu dapat menggunakan kemudahan ini.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]