Tamborin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tamborin
Lukisan La tambourine, oleh John William Godward pada tahun 1906
Lukisan La tambourine, oleh John William Godward pada tahun 1906
Alat genderang
PengelasanAlat perkusi

Tamborin ialah sebuah alat perkusi yang terdiri daripada bingkai, biasanya kayu atau plastik, dan sepasang loceng kecil logam yang dipanggil zill.

Tamborin berasal dari Mesir, dan dikenali sebagai tof oleh orang Yahudi, dan alat ini digunakan dalam hal keagamaan.[1] Tamborin dapat dipegang dengan tangan atau diletakkan di tiang, dan boleh dimainkan dengan beberapa cara, daripada membelainya atau menggoncangkannya atau memukulnya secara kuat dengan tangan atau pemukul, atau menghentakkan tamborin pada kaki atau paha. Dalam muzik rock, tamborin biasanya dimainkan penyanyi utama yang menggoncangkannya semasa membuat persembahan atau oleh pemain alat perkusi. Wolfgang Amadeus Mozart merupakan antara penggubah Barat pertama yang menyertakan tamborin dalam gubahannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]