Tamin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tamin adalah satu kawasan perkampungan masyarakat Iban yang terletak di kilometer 59 Jalan Sibu-Bintulu, Sarawak, Malaysia. Ia merupakan kawasan perkampungan yang terbesar dikawasan Sibu bagi kategori perkampungan Orang Iban yang berada ditepi jalan utama. Terdapat lebih dari 10 buah rumah panjang di perkampungan ini. Disini juga terdapat sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 36, Selangau. Kawasan sekitar perkampungan kaya dengan kepelbagaian komoditi hasil pertanian seperti kelapa sawit, getah, jatropha dan buah-buahan yang lain. Selain itu, Tamin juga memiliki kilang pengumpulan dan pemprosesan buah Jatropha.

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri, Sarawak 2004 - 2009 bagi kawasan pilihan raya N. 46 Tamin ialah Yang Berhormat Encik Joseph Entulu Ak. Belaun, dari Parti Rakyat Sarawak. Beliau dilahirkan pada 8 Jun 1954.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Aras 3, Blok Barat, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya, Malaysia.