Tan Cheng Hoe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Tan (陈).
Tan Cheng Hoe
Maklumat peribadi
Nama penuhTan Cheng Hoe
Tarikh lahir (1968-05-30) 30 Mei 1968 (umur 51)
Tempat lahirKedah, Malaysia
Posisi permainanTengah
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1988–1995Kedah
Pasukan kebangsaan
1986Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia
Pasukan diurus
2004–2006Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia B-19 (pembantu)
2007–2009Harimau Muda A (pembantu)
2009–2011Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia B-23 (pembantu)
2009–2013Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia (pembantu)
2014–2017Kedah
2017Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia (pembantu)
2017–Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).


Tan Cheng Hoe (Cina: 陈清和; pinyin: Chén Qīng Hé) (lahir 30 Mei 1968), adalah pengurus bola sepak dari Malaysia yang kini bertanggungjawab sebagai jurulatih ke atas pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia.

Kerjaya bolasepak[sunting | sunting sumber]

Kerjaya sebagai pemain[sunting | sunting sumber]

Sebagai pemain, Tan bermain untuk pasukan Kedah FA dalam tiga final Piala Malaysia dari tahun 1988 hingga 1990. Dia tewas pada edisi 1988 dan 1989, namun akhirnya memenangi trofi itu pada edisi 1990.

Kerjaya sebagai pengurus[sunting | sunting sumber]

Tan adalah pembantu jurulatih kepada Dato' K. Rajagopal dari tahun 2004 hingga 2013. Di bawah Rajagopal dan Tan Cheng Hoe, Malaysia mencapai banyak keputusan yang baik seperti mencapai peringkat suku akhir Kejohanan Remaja AFC 2004 dan layak ke Kejohanan Remaja AFC 2006. Malaysia juga menamatkan kemarau trofi mereka dalam bola sepak serantau dengan memenangi Sukan SEA 2009 dan Piala AFF 2010.

Tan kemudian dilantik sebagai ketua jurulatih Kedah pada 2014 selepas Dave Mitchell diarahkan oleh exco Kedah FA (KFA) untuk mengambil "cuti rehat" berikutan keputusan yang tidak memuaskan pada separuh pertama Liga Perdana Malaysia.[1]. Pada 2015, beliau membantu Kedah memenangi Liga Perdana untuk mendapat promosi ke Liga Super. Beliau dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik Tahunan Liga-M di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016 selepas kejayaan Piala Malaysia, menduduki tempat ketiga dalam Liga Super dan mencapai separuh akhir Piala FA[2]. Pada 2017, beliau kembali sebagai penolong jurulatih Malaysia di bawah Nelo Vingada. Dia mengambil alih sebagai ketua jurulatih Malaysia selepas Vingada mengambil keputusan untuk berundur berikutan beberapa keputusan buruk skuad negara.[3]

Dalam persiapan untuk Piala AFF 2018, Tan telah menyebut melalui artikel yang diterbitkan oleh FOX Sports Asia bahawa Malaysia adalah pasukan bawahan dan berharap peminat negara tidak akan terlalu menaruh harapan walaupun diundi ke dalam Kumpulan A yang tidak menguntungkan. Ia terdiri daripada Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos, Tan juga menambah bahwa pasukan kegemaran dalam kumpulan itu ialah Vietnam dan berharap pemain mereka tidak akan merasa terlalu banyak tekanan kerana terdapat banyak jangkaan daripadan peminat.[4] Namun secara mengejut, dia berjaya memimpin Malaysia ke peringkat akhir selepas menyingkirkan juara bertahan dan pemenang lima kali Thailand di separuh akhir hasil gol di tempat lawan.[5][6]

Momentum ini diteruskan pada pusingan pertama ketika pasukan Malaysia di bawah pimpinannya juga berjaya mengikat pilihan kejohanan Vietnam 2-2 di tempat sendiri dalam pertandingan kedua mereka dalam kejohanan itu walaupun mereka telah menjaringkan dua gol pada babak pertama[7]. Bagaimanapun, dalam perlawanan kedua dan terakhir di Hanoi, pasukannya gagal mengulangi kejayaan yang sama apabila pemain Vietnam menjaringkan gol pada awal babak pertama pada minit ke-6 dan Vietnam mula mengetatkan pertahanan mereka, hasil perlawanan menjadi 2-3 agregat dan Malaysia meraih naib juara buat kali ketiga.[8][9]. Pasca AFF, Tan berjaya menaikkan ranking Malaysia ke peringkat 159 dengan kemenangan menentang Afghanistan, Nepal, dan Timor Leste (2 kali pada kelayakan Piala Dunia Peringkat Pertama). Justru meletakkan Malaysia dihadapan Indonesia dan Singapura untuk balang 4 pada pusingan kelayakan yang seterusnya.[10]

Statistik pengurusan[sunting | sunting sumber]

Sehingga perlawanan dimainkan dari 11 Jun 2019
Pasukan Dari Ke Rekod
G M S K Menang%
Kedah 10 April 2014[11] 29 April 2017 &&&&&&&&&&&&0110.&&&&&0110 &&&&&&&&&&&&&061.&&&&&061 &&&&&&&&&&&&&030.&&&&&030 &&&&&&&&&&&&&019.&&&&&019 &&&&&&&&&&&&&055.45000055.45
Malaysia 7 Disember 2017[12] Kini &&&&&&&&&&&&&020.&&&&&020 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&055.&&&&&055.00
Keseluruhan &&&&&&&&&&&&0130.&&&&&0130 &&&&&&&&&&&&&072.&&&&&072 &&&&&&&&&&&&&034.&&&&&034 &&&&&&&&&&&&&024.&&&&&024 &&&&&&&&&&&&&055.38000055.38

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Loganath Velloo (11 April 2014). "New Kedah coach aiming for Malaysia Cup berth". The Star. Dicapai 3 Julai 2019. 
  2. ^ Alvin Oh (28 December 2016). "Cheng Hoe goes the extra mile to keep soaring with Red Eagles". The Star. Dicapai 3 Julai 2018. 
  3. ^ "FAM: Tan Cheng Hoe to take over as Harimau Malaya head coach". The Star. 7 Disember 2017. Dicapai 3 Julai 2019. 
  4. ^ Nicolas Anil. "Malaysia are underdogs at AFF Cup despite favourable group, says Tan". Fox Sports Asia. Dicapai 3 Julai 2018. 
  5. ^ "Football: Malaysia in AFF Suzuki Cup final after defeating Thailand on away goals". The Star. 5 December 2018. Dicapai 3 Julai 2019. 
  6. ^ "Thailand suffer shock exit in AFF Suzuki Cup". The Nation. 5 Disember 2018. Dicapai 3 Julai 2019. 
  7. ^ "Malaysia fight back to hold Vietnam to a draw". Bernama. The Sun. 12 Disember 2018. Dicapai 3 Julai 2019. 
  8. ^ T. Avineshwaran (16 Disember 2018). "Clinical Vietnam strike early to shatter Malaysia's dream". The Star. Dicapai 3 Julai 2018. 
  9. ^ "Vietnam beat Malaysia to claim AFF Cup". Vietnam News Agency. Vietnam+. 16 Disember 2018. Dicapai 3 Julai 2019. 
  10. ^ "Harimau Malaya Melonjak Ke Ranking 159". Astro Awani. Vietnam+. 14 Jun 2019. Dicapai 3 Julai 2019. 
  11. ^ "Football: new kedah coach aiming for top four finish". The Star Online. 11 April 2014. Dicapai 3 Julai 2019. 
  12. ^ "tahniah tan cheng hoe dilantik sebagai ketua jurulatih harimau malaya yang baharu". Football Association of Malaysia (FAM). 12 Disember 2017. Dicapai 3 Julai 2019.