Pergi ke kandungan

Tan Chui Mui

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan Chui Mui
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional陳翠梅
Tulisan Cina Ringkas陈翠梅
Hanyu PinyinChén Cuìméi
JyutpingCan4 Ceoi3 Mui4
POJ Bahasa HokkienTân Chhùi-mûi

Tan Chui Mui ( Chinese: 陳翠梅, pinyin: Chén Cuìméi, lahir 1978) ialah seorang pembikin filem, penerbit filem dan pengarah filem Malaysia.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Tan dilahirkan di Sungai Ular, sebuah perkampungan nelayan kecil di Kuantan, Malaysia.[1] Bapanya berasal dari Kinmen, Taiwan. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Kepujian) dalam Filem dan Animasi pada tahun 2002 dari Universiti Multimedia, Malaysia.[2]

Sebagai pembikin filem

[sunting | sunting sumber]

Wang Ge dari Time Out Beijing mengenal pasti Tan Chui Mui berada di barisan hadapan dalam gelombang baharu pembikin filem Malaysia yang menangani isu sosial.[3] Pada tahun 2007, dia menerima Anugerah Harimau (Tiger Award) daripada Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (International Film Festival Rotterdam) ke-36 dengan filem cetera Love Conquers All.[4] Filem ini sebelum ini pernah memenangi Anugerah Arus Baru (New Currents Awards) dan Anugerah Fipresci (Fipresci Award) di Festival Filem Antarabangsa Pusan ke-11 (11th Pusan International Film Festival) pada tahun 2006.[5] Pada tahun 2010, Year Without a Summer telah dipilih untuk Dana Pawagam Asia (Asian Cinema Fund), menerima pembiayaan untuk skrip dan pasca-penerbitan.[6] Dia juga seorang pembuat filem pendek yang prolifik, yang telah memenangi anugerah dalam dua festival filem pendek, Festival Filem Pendek Oberhausen[7] dan Festival Filem Pendek Clermont-Ferrand.[8] Pada tahun 2008, dia mempunyai projek membikin filem pendek setiap bulan. Dia telah membuat 7 filem pendek, memanggilkan siri ini All My Failed Attempts (Semua Percubaan Saya Yang Gagal). Pada tahun 2010, beliau menjadi hakim untuk pertandingan filem pendek Malaysia Airlines.[9]

Pekerjaan lain

[sunting | sunting sumber]

Beliau telah terlibat secara aktif dalam industri filem bebas Malaysia, selain daripada pengarah, beliau telah bekerja sebagai penerbit, editor, penulis skrip, dan kadang-kadang sebagai seorang pelakon. Pada tahun 2004, dia menubuhkan Da Huang Pictures bersama Amir Muhammad, James Lee dan Liew Seng Tat.

Pandangan politik

[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2023, bersama 50 pembikin filem lain, Tan Chui Mui menandatangani surat terbuka yang diterbitkan di Libération yang menuntut gencatan senjata dan menamatkan pembunuhan orang awam semasa pencerobohan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada 2023, serta penubuhan koridor kemanusiaan ke Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan, dan pembebasan tebusan.[10][11][12]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
tahun Tajuk Peranan Nota
2005 Chemman Chaalai Penerbit
A Tree in Tanjung Malim Pengarah filem pendek
2006 Love Conquers All Pengarah
Company of Mushrooms Pengarah filem pendek
South of South Penerbit filem pendek
Apa Khabar Orang Kampung Penerbit
Before We Fall in Love Again Penerbit
2010 Year Without A Summer Pengarah
2020 Sometime, Sometime Penerbit dan pelakon
2021 Barbarian Invasion Penulis, Pengarah
  1. ^ Kwan, Brian (22 June 2009). "Close up… Tan Chui Mui". Time Out Kuala Lumpur. Dicapai pada 23 August 2013.
  2. ^ "15MALAYSIA » Tan Chui Mui" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-17.
  3. ^ Ge, Wang (22 August 2011). "Tan Chui Mui". Time Out Beijing. Dicapai pada 23 August 2013.
  4. ^ Vijn, Ard (14 December 2009). "The IFFR Shows the Whole World for Free that LOVE CONQUERS ALL !". Twitch Film. Dicapai pada 23 August 2013.
  5. ^ Paquet, Darcy (19 October 2006). "'Love' Conquers Pusan Fest". Variety. Dicapai pada 23 August 2013.
  6. ^ Noh, Jean (27 July 2010). "Pusan Asian Cinema Fund Supports Tan Chui Mui, Ashvin Kumar". Screen Daily. Dicapai pada 23 August 2013.
  7. ^ Fahmi, Fadzil (3 July 2005). "Mui's Moving Movies". The Star. Dicapai pada 23 August 2013.
  8. ^ "Everyday Everyday". International Short Film Festival - Clermont-Ferrand. Dicapai pada 23 August 2013.
  9. ^ "MAS launches film contest". The Star. 13 March 2010. Dicapai pada 23 August 2013.
  10. ^ "Gaza : des cinéastes du monde entier demandent un cessez-le-feu immédiat". Libération (dalam bahasa Perancis). 28 December 2023. Dicapai pada 24 January 2024.
  11. ^ Newman, Nick (29 December 2023). "Claire Denis, Ryusuke Hamaguchi, Kiyoshi Kurosawa, Christian Petzold, Apichatpong Weerasethakul & More Sign Demand for Ceasefire in Gaza". The Film Stage. Dicapai pada 24 January 2024.
  12. ^ "Directors of cinema sign petition for immediate ceasefire". The Jerusalem Post. 31 December 2023. Dicapai pada 24 January 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Malaysian film directors