Pergi ke kandungan

Tan Seng Giaw

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dr. Tan Seng Giaw (lahir 26 Mei 1942) merupakan ahli politik Malaysia dari parti DAP dan kini menjadi Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan dan Pengerusi DAP Kepong. Beliau merupakan Ahli Parlimen Kepong sejak 1982. Dr Tan lahir di Kota Bharu , Kelantan pada 26 Mei 1942. Setelah duduk di Parlimen pada 2008, beliau menjadi calon pembangkang pada jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, tatkala ditumbangkan Wan Junaidi Tuanku Jaafar, ahli parlimen BN Sarawak.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau fasih dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Mandarin termasuk Jawi.[1] Beliau belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling. Beliau mendapat Sarjana Muda dan Kedoktoran dari Universiti Leeds, England. Selepas itu menjadi pakar dermatologi dengan kelulusan M.B.ChB. (Leeds), M.D. (Leeds). Beliau merupakan pengasas Persatuan Pelajar Cina Universiti Leeds dan turut dilantik sebagai presidennya pada sesi 1965 hingga 1966.

Isterinya Oon Hong Geok, seorang pakar kanak-kanak. Dua anaknya adalah doktor, masing-masing dalam pediatrik dan geriatrik.

Beliau pernah bertugas sebagai doktor pakar di Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 1970 hingga 1972. Sebagai seorang doktor pakar kulit, beliau membuka klinik bersama-sama dengan isterinya Oon Hong Geok, seorang pakar kanak-kanak.

Tahun 1976 beliau membantu Tan Sri Dr Tan Chee Khoon untuk berkhidmat di Kepong. Beliau menjadi Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP sejak 2004.

Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bandar Klang pada tahun 1982 dan DUN Kajang pada tahun 1990.

Parlimen Kepong mempunyai banyak taman kediaman, pusat perniagaan dan kilang kecil dan sederhana. Jalan Kepong sepanjang 4 kilometer, dari Jalan Kuching ke Jejambat Kepong (MRR2), memperolehi dua pasar raya besar dan lebih 20 cawangan bank. [2]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Selangor[3]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1982 N23 Bandar Kelang Tan Seng Giaw (DAP) 18,075 58.49% Tong Kok Mau (MCA) 12,830 41.51% 31,351 5,245 81.22%
1986 N34 Klang Bandar Tan Seng Giaw (DAP) 13,223 61.77% Goon Swee Fook (MCA) 6,942 32.43% 21,803 6,281 71.88%
Yeoh Lai Seng (NASMA) 927 4.33%
Yeoh Poh San (SDP) 314 1.47%
1990 N24 Kajang Tan Seng Giaw (DAP) 10,138 61.95% Khoo Chai Hong (MCA) 6,227 38.05% 16,856 3,911 75.99%
Parliament of Malaysia[3]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1978 P084 Kepong Tan Seng Giaw (PEKEMAS) 17,827 36.95% Tan Tiong Hong (Gerakan) 20,055 41.57% 48,606 2,228 76.30%
Khoo Chin Tow (DAP) 9,971 20.67%
Kanda (Bebas) 390 0.81%
1982 Tan Seng Giaw (DAP) 29,368 50.51% Kerk Choo Ting (Gerakan) 28,163 48.44% 59,465 1,205 76.94%
Ishak Ibrahim (Bebas) 613 1.05%
1986 P096 Kepong Tan Seng Giaw (DAP) 33,049 64.81% Lum Weng Keong (Gerakan) 16,536 32.43% 51,476 16,513 71.73%
Wong Kim Lin (NASMA) 1,405 2.76%
1990 Tan Seng Giaw (DAP) 38,323 70.58% Lim Kim Hoe (Gerakan) 15,971 29.42% 54,679 22,352 71.23%
1995 P103 Kepong Tan Seng Giaw (DAP) 25,075 55.56% Tan Poh Eng (Gerakan) 20,053 44.44% 45,454 5,022 75.62%
1999 Tan Seng Giaw (DAP) 25,085 50.77% Ma Woei Chyi (Gerakan) 23,319 47.20% 49,730 1,766 76.55%
Manoharan Letchumanan (Bebas) 1,003 2.03%
2004 P114 Kepong Tan Seng Giaw (DAP) 23,282 52.07% Ma Woei Chyi (Gerakan) 21,428 47.93% 44,956 1,854 74.59%
2008 Tan Seng Giaw (DAP) 35,552 75.23% Lau Hoi Keong (Gerakan) 11,704 24.77% 47,508 23,848 78.17%
2013 Tan Seng Giaw (DAP) 47,837 82.30% Chandrakumanan Arumugam (PPP) 7,530 12.96% 58,585 40,307 86.11%
Yee Poh Ping (BEBAS) 2,757 4.74%

Garis masa sebagai Ahli Parlimen

[sunting | sunting sumber]

Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun

Rohani Abdul KarimRohani Abdul KarimDouglas Uggah EmbasTan Kok WaiTan Kok WaiJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganTan Seng GiawLeo Michael ToyadTan Seng GiawMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinRafidah AzizKarpal SinghKarpal SinghAbdul Kadir Sheikh FadzirAbdullah Ahmad BadawiNajib RazakNajib RazakRais YatimRais YatimSamy VelluLeo MoggieLeo MoggieSulaiman DaudLing Liong SikRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahLim Kit SiangLim Kit SiangLim Kit SiangAbdul Taib MahmudAbdul Taib MahmudGhafar BabaGhafar BabaMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir Mohamad
  1. "DBP: Orang Melayu tak yakin dengan bahasa sendiri", Malaysiakini.com. 23 Oktober 2011.
  2. Biodata Dr Tan Seng Giaw
  3. 1 2 "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 3 April 2011. Percentage figures based on total turnout.