Tan Tee Beng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tan Tee Beng
P047-NIBGTEBAL.jpg

Ahli Parlimen
untuk P47 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Penyandang
Tempoh jawatan 
8 Mac 2008
Didahului oleh Datuk Zainal Abidin Osman (BN)
Diganti oleh Dato' Mansor Othman (PKR)
Majoriti 3,087

Parti politik Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN)
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Bebas
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)
Pekerjaan Ahli Parlimen

Tan Tee Beng adalah seorang ahli politik berketurunan Cina Malaysia yang merupakan mantan Ahli Parlimen bebas bagi Nibong Tebal, Pulau Pinang yang mana sebelum 1 Mac 2010 beliau adalah ahli Parti Keadilan Nasional (KeADILan) yang kemudiannya ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Zainal Abidin Osman dengan majoriti sebanyak 3,087 undi. Beliau memperolehi 20,210 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,123 undi.

Bapa Tan, Datuk Tan Gim Hwa, merupakan salah seorang ahli pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), iaitu sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN),[1] dan beliau sendiri merupakan bekas ahli pergerakan pemuda parti Gerakan[2]

Sebelum menyertai politik, Tan adalah seorang broker saham. Beliau mendapat Sarjana Muda Perundangan dari Middlesex University.[3]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Februari 2010, beliau turut menyokong tindakan Zulkifli Noordin (PKR, Kulim -Bandar Baharu) dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (PKR, Bayan Baru) yang mengritik kepimpinan dan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Zahrain melabel dan mengelarkan Lim sebagai diktaktor, cauvinis dan berminda komunis. Tan mengutuk Setiausaha Agung DAP itu "pemimpin yang tiada kelas" kerana meminggirkan pemimpin PKR dalam membuat keputusan di Pulau Pinang. Peruntukan juga tidak disalurkan kepada wakil-wakil rakyat PKR.[4]

Parti Politik[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Mac 2010, beliau mengumumkan keluar parti PKR dan menjadi Ahli Parlimen bebas.[5] Beliau selepas itu merupakan salah seorang dari lima bekas ahli-ahli parlimen PKR untuk membentuk blok wakil rakyat bebas yang dinamakan Konsensus Bebas di parlimen.[6] Tan kemudian mengumumkan menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pada 24 Februari 2011.[7]

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: P47 Nibong Tebal, Pulau Pinang[8][9][10]
Tahun Pembangkang Undi Prts Kerajaan Undi Prts Majoriti
2008 Tan Tee Beng (PKR) 20,210 53% Zainal Abidin Osman (UMNO) 17,123 45% 3,087

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Following in dad's footsteps". The Star (Malaysia). 21 January 2008. Dicapai pada 31 December 2009. 
  2. ^ "Gerakan veep slams party leadership over show-cause letter". The Star (Malaysia). 3 June 2009. Dicapai pada 31 December 2009. 
  3. ^ "Tech junkie". The Star (Malaysia). 25 March 2008. Dicapai pada 31 December 2009. 
  4. ^ "Saya Pening - Ahli Parlimen Nibong Tebal", MStar.com, 12 Februari 2010.
  5. ^ "MP Nibong Tebal keluar PKR, jadi bebas". Malaysiakini. 1 Mac 2010. Dicapai pada 7 April 2017. 
  6. ^ "Lima bekas MP PKR bentuk Konsensus Bebas", The Malaysian Insider, 07 Jun, 2010.
  7. ^ "MP Nibong Tebal masuk parti KITA". Lee Way Loon & Zakaria Hazlan. Malaysiakini. 24 Februari 2011. Dicapai pada 24 Februari 2011. 
  8. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini.  Results only available from the 2004 election.
  9. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 Februari 2017.  Percentage figures based on total turnout.
  10. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Dicapai pada 1 Januari 2009.