Tan Tiong Hong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato' Dr.

Tan Tiong Hong
Timbalan Menteri Kewangan
Dalam jawatan
16 Julai 1984 – 7 Januari 1986
Berkhidmat dengan Sabbaruddin Chik
Menteri Daim Zainuddin
Didahului oleh Ling Liong Sik
Digantikan oleh Oo Gin Sun
Timbalan Menteri Pelajaran
Dalam jawatan
1982–1984
Berkhidmat dengan Mohd Khalil Yaakob
Menteri Sulaiman Daud
Didahului oleh Chan Siang Sun
Suhaimi Kamaruddin
Digantikan oleh Chow Poh Kheng
Bujang Ulis
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Raub
Dalam jawatan
1982–1986
Didahului oleh Tan Koon Swan
Digantikan oleh Teng Gaik Kwan
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kepong
Dalam jawatan
1978–1982
Didahului olehPEKEMAS Tan Chee Khoon
Digantikan oleh Tan Seng Giaw
Butiran peribadi
Lahir1945
Kepong, Selangor (kini Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Meninggal dunia2011 (66 tahun)
Parti politik Persatuan Cina Malaysia

Dato' Dr. Tan Tiong Hong (1945-2011) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Kewangan (1984-1986), mantan Timbalan Menteri Pelajaran (1982-1984), mantan Ahli Parlimen Raub selama sepenggal (1982-1984) dan mantan Ahli Parlimen Kepong juga selama sepenggal (1978-1982).

Beliau aktif dalam politik MCA di Bahagian Kepong dan Jinjang Utara sejak 1969. Beliau meninggalkan MCA dan menyertai Gerakan pada 1972 .Pada 1981 beliau menyertai semula MCA dan bertanding di Parlimen Raub,Pahang pada 1982. Perdana Menteri Mahathir Mohamad melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Pelajaran (1982) dan Timbalan Menteri Kewangan (1984). Pada 1985, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung MCA daripada Chong Hon Nyan dan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Kedah.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 30 Mac 2011 selepas rebah ketika sarapan pagi di rumahnya . Beliau tinggal di No 15, Persiaran Persekutuan, Seri Bukit Persekutuan. Beliau berumur 66 tahun dan tiada sebarang penyakit. [1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]